Jurutera tertekan balik rumah kena buat semua kerja rumah, isteri selalu nak ‘me time’

Photo of author

By Joe

Jurutera tertekan balik rumah kena buat semua kerja rumah, isteri selalu nak ‘me time’. Golongan profesional sering dikagumi oleh masyarakat kerana prestasi dalam kerjaya mereka.

Gaji bulanan mereka juga tidak kurang hebatnya, dengan pendapatan anggaran mencapai lima angka dalam genggaman.

Sebagai seorang jurutera, statusnya sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata tidak menghalangnya dari melakukan kerja-kerja rumah.

Jurutera tertekan balik rumah kena buat semua kerja rumah, isteri selalu nak 'me time'

Sepanjang 10 tahun berkahwin, tanggungjawabnya terhadap keluarga sentiasa diutamakan, tetapi dia mengakui berasa terkilan dengan sikap isterinya.

“Dalam jadual harian saya, saya bangun pagi untuk bersiapkan anak-anak pergi sekolah. Selepas pulang dari kerja, saya menguruskan rumah, mencuci pakaian, dan menguruskan anak-anak semuanya sendiri.
“Saya juga mencuci pakaian, tudung, dan seluar dalam anak-anak dan isteri saya, serta menjemur dan melipatnya. Apabila isteri saya pulang dari kerja, dia hanya mengambil masa untuk dirinya sendiri. Di hujung minggu juga, dia hanya mengambil masa untuk dirinya sendiri,” katanya.

Melalui luahan hati di Facebook, dia menyatakan bahawa salah satu perkara yang sangat menyakitkan hatinya adalah bahawa isterinya tidak mengendahkan anak-anak yang lapar di rumah.

“Anak-anak lapar dan dia tidak ambil peduli. Akhirnya, saya yang perlu memesan makanan untuk anak-anak. Mengenai memasak, kebiasaannya kami memesan makanan dari luar atau saya masak sendiri.

“Kadang-kadang saya terlalu penat untuk makan dan menahan lapar, dan saya hanya makan esoknya. Apabila saya sakit, saya meminta bantuan tetapi dia tidak menunjukkan kesungguhan untuk membantu,” ujarnya dengan rasa kecewa.

Bukan itu sahaja, keperluan emosi saya juga diabaikan oleh isteri saya sehingga saya terpaksa ‘puasa’ selama setahun dengan alasan ‘penat’.

Menurut suami ini, dia bukan tidak pernah cuba untuk berbincang dengan isterinya, tetapi jawapannya sentiasa mengecewakan.

“Saya sudah banyak kali cuba untuk berbincang, bahkan saya pernah merayu dan menangis di hadapannya tetapi tiada perubahan. Saya juga telah membawa dia berjumpa dengan doktor, tetapi semuanya normal dan doktor mengatakan tiada masalah dengannya.”

“Aku layan dia baik, aku tak nak dia penat, tak nak dia stres. Aku bekerja sebagai jurutera, bini aku bekerja di ofis.

“Nak kata penat, aku lagi penat sebab kerja construction hari-hari kene hentam (marah) kat tempat kerja. Balik rumah, nak hadap kerja-kerja di rumah lagi,” katanya.

Isu yang berlarutan membuatkan dirinya tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan yang bahagia seperti keluarga lain.

Namun, dia bersyukur kerana mempunyai kewarasan untuk tidak melakukan perkara yang melampaui batas dek terpengaruh bisikan syaitan seperti bunuh diri.

“Cari bahagia lain? Mesti aku akan dikecam menjadi suami paling zalim dan jahat kerana melukakan hati isteri kan?

“Jadi aku hadap nasib aku sampai akhir hayat. Janji orang lain tak terluka, anak-anak dan keluarga. Biarlah nampak aku bahagia dalam duka,” katanya lagi.

Baca Lagi:
Tanda-tanda ‘wiper’ kereta anda sudah rosak dan perlu ditukar
Tempah teksi pukul 3 pagi, penumpang kena bawa kereta, pemandu teksi tidur belakang
Lelaki umur 61 tahun rugi RM44,500 selepas layan ‘video call’ dengan wanita