Juruteknik mata palsu cipta ‘mata bionik’ bersinar

Juruteknik mata palsu cipta ‘mata bionik’ bersinar

Juruteknik mata palsu cipta ‘mata bionik’ bersinar. Seorang wanita di China yang hilang sebelah matanya akibat kemalangan kereta menjadi perhatian ramai kerana memiliki mata palsu yang boleh bersinar dalam pelbagai warna, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada 2013, Xia Tong, 28, hilang satu matanya di mana ketika itu, dia baru berusia 18 tahun. Tragedi itu memaksanya menggunakan mata palsu.

Tidak berasa malu dengan kekurangan diri, Xia Tong sebaliknya menjadikan keadaan tersebut sebagai cara untuk dia meraih populariti.

Juruteknik mata palsu cipta 'mata bionik' bersinar

Selepas menyambung pengajian dan bergelar juruteknik mata palsu, Xia Tong mula menghasilkan pelbagai jenis mata palsu untuk dirinya yang kemudian dipaparkan di laman media sosial.

Gadis berkenaan bukan sahaja dikenali ramai kerana mampu menghasillan mata palsu yang kelihatan amat mirip dengan mata sebenar, bahkan dikenali kerana memiliki ‘mata bionik’ yang boleh bersinar dalam beberapa warna dengan hanya menekan satu butang.

Beberapa klip video yang dikongsikan Xia Tong baru-baru ini menjadi tular di media sosial China kerana memaparkan dia mencuba mata bionik yang luar biasa, selain gadis itu turut mendapat perhatian media arus perdana.

Juruteknik mata palsu cipta 'mata bionik' bersinar

Menurut Xia Tong, dia menghasilkan mata palsu sebagai cara membantu orang sepertinya yang bergelut dengan masalah keyakinan diri.

Tambahnya, dia telah bertemu ramai orang yang memencilkan diri atau mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah selepas kehilangan sebelah mata.

Ia memberi keyakinan kepada Xia Tong untuk menjadi pakar mata dan menghasilkan mata palsu yang lebih baik.

Baca Lagi:
Selepas ‘Abah’ dan ‘Pak Long’, Anwar tidak mahu dipanggil gelaran ‘Papa’
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
Gaji Hakim di Malaysia RM45,150.00 sebulan tak termasuk 20 senarai kemudahan, boleh rambang mata tengok angka dan ayat free ni
CATEGORIES