Jururawat meninggal selepas minum ketum, keluarga dapat pampasan RM49 juta

Photo of author

By Joe

Jururawat meninggal selepas minum ketum, keluarga dapat pampasan RM49 juta. Kematian wanita Florida, Amerika Syarikat akibat mengambil makanan tambahan diperbuat daripada ketum terbela selepas keluarganya menerima pampasan AS$11 juta (RM49.67 juta).

Mereka menerima pampasan itu selepas menang kes saman terhadap pengeluar produk itu.

Menurut peguam keluarga wanita itu, Tamara Williams, pampasan diterima keluarga anak guamnya itu sebagai pengajaran kepada pihak lain.

Jururawat meninggal selepas minum ketum, keluarga dapat pampasan RM49 juta

“Pampasan bernilai AS$11 juta ini perlu menjadi peringatan kepada industri ketum mengenai bahan bahaya dan tidak terkawal ini,” katanya seperti dilaporkan New York Post.

Pada 20 Jun 2021, jururawat, Krystal Talavera, 39, meninggal dunia selepas pengsan secara tiba-tiba di rumahnya di Boynton Beach.

Wanita itu ditemukan suaminya, Biaggio Vultaggio dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah mereka.

Turut dilihat berada berdekatan dengan mangsa ialah secawan kopi mengandungi makanan tambahan keluaran syarikat The Kratom Distro, Space Dust.

HM0108ketum 1690860452

Produk itu yang diperbuat daripada daun ketum dan tidak menerima kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).

Pejabat Koroner Daerah Palm Beach mengesahkan, kematian Talavera akibat mabuk mitragynine akut disebabkan daun ketum.

Anak wanita itu, Devin Filippelli, 21, yang memfailkan saman ke atas syarikat itu dan dan pengedarnya, Grow LLC mendakwa, makanan tambahan diambil ibunya itu menghasilkan kesan menyerupai opioid.

Katanya, ia menyebabkan kegagalan pernafasan sekali gus mengancam nyawa ibunya.

Baca Lagi:
Ini cara cegah ular masuk rumah ketika musim panas yang ramai belum tahu
Pemain bola sepak Liga Super kini jual nasi lemak, rupanya sebab ini
“Saya minta maaf kalau orang luar sana tak puas hati”, penaja jelaskan mengapa tukar Mercedes Benz kepada Mini Cooper untuk Bell Ngasri