Jurulatih Filipina terima ancamam bunuh selepas mahu kalahkan Indonesia

Photo of author

By Joe

Jurulatih Filipina terima ancamam bunuh selepas mahu kalahkan Indonesia. Ketua jurulatih Filipina, Tom Saintfiet, mengakui telah menerima ancaman bunuh daripada individu yang tidak dikenali menjelang aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Indonesia esok.

Kata-katanya yang menyatakan hasrat untuk mengalahkan Indonesia bagi membantu Vietnam melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 telah menimbulkan kemarahan penyokong skuad Garuda di media sosial.

Bagaimanapun, Saintfiet menjelaskan bahawa penyokong Indonesia salah faham dengan kenyataannya yang didakwa diputar belit oleh media negara tersebut.

Jurulatih Filipina terima ancamam bunuh selepas mahu kalahkan Indonesia

“Ada orang yang ingin membunuh saya kerana media salah tulis. Dan itu tidak baik. Saya telah mengikuti perkembangan bola sepak Indonesia selama bertahun-tahun, saya kenal pemain-pemain di sini.

“Wartawan Vietnam bertanya apa pendapat anda tentang pasukan mereka? Saya menjawab, okay, Vietnam mempunyai peluang.

“Kita tidak ingin menang kerana Vietnam. Kita ingin menang kerana Filipina. Jika kita bermain di Indonesia sekalipun, kita tetap akan berusaha untuk menang.

“Kerana saya telah menerima banyak reaksi daripada penyokong Indonesia dan juga menerima beberapa ancaman,” jelas Saintfiet seperti yang dilaporkan dalam CNN Indonesia.

Berdasarkan kedudukan terkini dalam kumpulan F, Indonesia memiliki peluang yang cerah untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 jika berjaya menewaskan Filipina esok.

Namun, Filipina tidak mahu memberi laluan mudah dan mempunyai tekad untuk mencapai kemenangan pertama walaupun bermain di tempat lawan.

“Saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Vietnam, dan tidak ada keuntungan bagi saya jika Vietnam mara. Saya hanya mewakili Filipina.

“Jadi, apabila saya menyatakan bahawa saya ingin menang melawan Indonesia dan menjelaskan bahawa Vietnam boleh mara jika mengalahkan Iraq, saya tidak melihat kenyataan itu sebagai yang salah,” tambahnya.

Baca Lagi:
Selepas teruk kena kecam dengan netizen, Terengganu FC sedia batal tajaan RM1.5 juta daripada XFOX
Satu keluarga Buddha peluk Islam selepas bermimpi bertemu ulama terkenal
“Nasib menantu dari Kohona, mak mentua ingat aku isteri kedua suami aku”