Jurulatih Al-Nassr kini dalam bahaya, Cristiano Ronaldo bakal buat langkah

Jurulatih Al-Nassr kini dalam bahaya, Cristiano Ronaldo bakal buat langkah

Jurulatih Al-Nassr kini dalam bahaya, Cristiano Ronaldo bakal buat langkah. Susulan keputusan seri tanpa jaringan menentang Al-Feiha beberapa hari lepas, kedudukan pengurus Al-Nassr, Rudi Garcia kini dalam bahaya. Dan beberapa laporan menyatakan Cristiano Ronaldo bakal menjadi punca bekas pengurus Lille itu disingkirkan.

Dengan Al-Alami kini ketinggalan tiga mata di belakang Al-Ittihad yang kini bergelar pendahulu Saudi Pro League, situasi kelihatan tegang. Menurut akhbar Marca, pertengkaran besar tercetus dalam bilik persalinan Al-Nassr membabitkan pemain dengan jurulatih.

Sementara sidang media pasca-perlawanan yang sepatutnya dihadiri Garcia juga dibatalkan. Tetapi dalam satu temubual lain dengan Saudi Sports Company, bekas pengurus AS Roma itu sememangnya tidak gembira dengan keputusan berkenaan.

Jurulatih Al-Nassr kini dalam bahaya, Cristiano Ronaldo bakal buat langkah

“Keputusan memang teruk dan kami tidak gembira. Saya tidak berpuas hati dengan persembahan para pemain. Saya minta mereka beraksi pada tahap sama seperti perlawanan lepas (kemenangan 5-0 ke atas Al-Adalah tetapi itu tidak berlaku.
“Ada baki tujuh perlawanan lagi, kami akan cuba bangkit dan kami sedar ia bukan senang selepas kehilangan dua mata tetapi tiada yang mustahil,” katanya.

Malah, berdasarkan satu laporan media Saudi menerusi akhbar AS, bekas penyerang Manchester United itu juga sudah hilang sabar dengan bosnya itu. Dengan tempoh tidak sampai setahun bersama Pahlawan Najd, Garcia berkemungkinan akan dilepaskan kelab pada akhir musim ini.

Ini mengundang persoalan siapa yang bakal dilantik sebagai pengurus baru Al-Nassr. Satu nama yang berkemungkinan dikaitkan dengan jawatan tersebut ialah bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Mourinho yang mempunyai baki kontrak setahun dengan Roma sememangnya diketahui mempunyai hubungan baik dengan Ronaldo. Dan dengan kekuatan kewangan yang dimiliki, tidak mustahil pengurus Portugal itu menimbang kemungkinan berhijrah ke Arab Saudi dan menjadi pengurus kelab berkenaan.

Baca Lagi:
Lelaki mengamuk tendang pintu surau tak puas hati jemaah tunai solat tarawih
Kecoh dakwaan Anwar peluk Lizzy, akhirnya tuan badan bersuara siap tunjuk video sebenar kejadian
6 banduan ditemukan meninggal dunia tergantung dalam sel penjara
CATEGORIES