Jumpa dompet duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka

Jumpa dompet duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka

Jumpa dompet duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka. BETULLAH orang kata, kalau kita berbuat baik dengan orang, kita akan dibalas dengan kebaikan atau ganjaran yang tak disangka-sangka.

Kisah Vince Hietpas dan bapanya, Lorenzo yang tinggal di Wisconsin, Amerika Syarikat yang dilaporkan sebuah portal antarabangsa benar-benar menyentuh hati netizen.

Lapor inspiredstories.net, remaja berusia 11 tahun tersebut menemui sebuah dompet ketika beriadah di Voyageur Park bersama ayahnya.

Jumpa dompet duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka

Kalau tak fikir panjang, duit yang berkepuk dalam beg berkenaan boleh digunakan untuk kepentingan peribadi saja.

Kalau orang lain mungkin ya, mereka boleh ambil wang tersebut dan buat tak tahu jer, kan?

Namun, tidak bagi Hietpas dan bapanya apabila mereka gigih mencari alamat pemilik untuk memulangkannya semula.

Tak mengambil masa yang lama, anak beranak itu berjaya menjumpai rumah pemilik dompet tersebut berdasarkan lesen memandu.

Pun demikian, ketika mereka berkunjung ke kediaman itu, pemilik dompet tersebut, Chase Dahlke, 17, tiada.

Namun, ibu bapa remaja itu, Michele dan Jason kebetulan berada di rumah.

Mereka meluahkan rasa syukur apabila ada individu yang baik hati memulangkan semula beg milik anaknya.

Bagi membalas budi, wanita pemurah itu turut memberikan hadiah berupa duit kepada remaja prihatin berkenaan.

GANJARAN

Nampaknya impak kebaikan yang dilakukan Hietpas tidak terhenti setakat itu sahaja.

Michele kemudian berkongsikan kisah tersebut di Facebook dan cuba mencari anak jujur itu untuk berkenalan lebih lanjut.

Tanpa disangka-sangka, ada kisah sedih menyelubungi keluarga Hietpas.

Melalui informasi yang dikongsikan rakan Facebook, famili remaja tersebut sedang mengalami masalah kewangan.

Ini kerana bapa Hietpas, Lorenzo tidak boleh bekerja seperti biasa selepas dijangkiti wabak Covid-19.

Lebih malang, masalah kesihatan yang dihadapi oleh lelaki itu lebih parah apabila mengalami isu pada saluran pernafasan.

Simpati dengan situasi yang melanda, Michele kemudiannya membuat kutipan derma kilat untuk membantu.

Atas keprihatinan orang ramai, sumbangan berjumlah lebih RM40,000 berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada famili berkenaan untuk meringankan beban.

Ibarat rezeki jatuh tergolek depan mata, bantuan tersebut memberi sinar buat keluarga malang itu.

Memang hebat kuasa viral, kan? Nasib golongan yang terhimpit dapat dibantu sebaik mungkin.

Moga kisah ini memberi iktibar kepada semua.

Percayalah, jika kita berbuat baik, insya-ALLAH akan dibalas dengan kebaikan yang tak dijangka.

Baca Lagi:
Majlis Ulama keluar fatwa haram beri wang kepada pengemis jalanan, ini sebabnya
Hadiah ulang tahun, Rozita Che Wan kongsi bagaimana rumah banglo RM10 juta berjaya dibina sepenuhnya
Arwah bergurau rambutnya jadi kerinting terkena renjatan elektrik jadi kenyataan
CATEGORIES