Juhi Chawla pelakon wanita terkaya di India, miliki kekayaan RM2.29 billion. Pelakon Bollywood bertaraf legenda, Juhi Chawla kini menjadi pelakon wanita terkaya di India.
Ini kerana pelakon dan usahawan tersebut berjaya memiliki aset bernilai $554 juta atau sekitar RM2.29 bilion.
Angka itu sekaligus membolehkan Juhi Chawla menewaskan Aishwarya Rai, Deepika Padukone, dan Priyanka Chopra.
Kekayaan yang dimilikinya itu membolehkan dia bergelar golongan elit di India.
Pelakon berusia 57 tahun itu tidak hanya bergantung kepada kariernya sebagai pelakon untuk meraih kekayaan. Sebaliknya, dia terlibat dalam penerbitan filem dan beberapa perniagaan lain.
Dia adalah seorang pelabur aktif dalam dunia perniagaan, menjadikannya salah seorang manusia terkaya di India.
Dia juga melabur dalam arena sukan, di mana dia menjadi pemilik bersama dengan Shah Rukh Khan dan Jai Mehta (suami Juhi Chawla) dalam pemilikan kelab kriket Kolkata Knight Riders.
Jai Mehta bukan calang-calang orang; dia merupakan pengerusi Mehta Group dan memiliki kekayaan sekitar RM4.95 bilion menurut Forbes.
Sebagai rekod, Juhi Chawla pernah berlakon dalam lebih 100 filem di India untuk pelbagai peranan sejak debutnya dalam dunia lakonan pada 1986.
Dia merupakan sahabat karib kepada Shah Rukh Khan, dan dari rakan di set penggambaran, mereka mengembangkan kerjasama dalam pelbagai bidang perniagaan.