Juara Masterchef Indonesia kena serang dengan netizen selepas dakwa nasi kandar Malaysia berpasir

Photo of author

By Joe

Juara Masterchef Indonesia kena serang dengan netizen selepas dakwa nasi kandar Malaysia berpasir. Baru-baru ini, kenyataan daripada seorang pemenang Masterchef Indonesia musim kelima telah mengundang pelbagai reaksi netizen apabila dia memperkenalkan juadah Malaysia di restoran miliknya yang baru dibuka di Indonesia.

Kenyataan itu menjadi tumpuan kerana dia membandingkan rasa Nasi Kandar di Malaysia dengan nasi kandar yang dijual di restorannya.

Ketika ditemubual oleh seorang YouTuber, Fani menjelaskan bahawa ilhamnya untuk menjual Nasi Kandar tercetus selepas dia bercuti ke Malaysia dan menikmati Nasi Kandar dengan kerap. Namun, dia merasakan ada yang kurang.

Juara Masterchef Indonesia kena serang dengan netizen selepas dakwa nasi kandar Malaysia berpasir

“Waktu itu aku jalan-jalan, tapi setiap hari asyik makan Nasi Kandar. Namun, di sana rasanya kurang ‘flavourful’, jadi aku rasa aku boleh buat sendiri.”

Katanya, sebab itulah dia menjual Nasi Kandar di restorannya yang menyajikan menu makanan dari Malaysia. Dalam pada itu, ketika ditanya tentang beza antara Nasi Kandar di Malaysia dan di restorannya, Fani menjawab…
“Bezanya, kalau di Malaysia, mereka gunakan serbuk, tetapi di sini semua pakai bahan segar. Kami buat sendiri. Kalau di sana, menggunakan serbuk, jadi bila dituang, rasanya macam berpasir.”

Fani juga menjelaskan bahawa restorannya pada ketika itu baru sahaja buka sehari selepas dipersoal konsep penjualan Nasi Kandar yang tidak menayangkan semua lauk di bahagian pintu masuk restoran.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian rakyat Malaysia dan menjengah ke ruangan komen, ramai yang menegur agar Fani perlu rasa Nasi Kandar yang lebih asli di Penang, bukannya KL.

Juara Masterchef Indonesia kena serang dengan netizen selepas dakwa nasi kandar Malaysia berpasir

Juara Masterchef Indonesia kena serang dengan netizen selepas dakwa nasi kandar Malaysia berpasir

Mungkin dia nak cuba jelaskan yang dia olah versi dia kot.

Baca Lagi:
Dinosaur T-Rex jadi pengayuh beca raih perhatian ramai
Wanita berstatus isteri orang jadi gila bayang dekat ‘tour guide’ ketika bercuti ke Indonesia, suami mula syak sesuatu ketika naik bot
Penyokong Messi tak keruan selepas Portugal keluarkan syiling khas wajah Cristiano Ronaldo