Juara dunia pendaki gunung ski maut terjatuh semasa mendaki gunung Mont Blanc

Juara dunia pendaki gunung ski maut terjatuh semasa mendaki gunung Mont Blanc

Juara dunia pendaki gunung ski maut terjatuh semasa mendaki gunung Mont Blanc.

Seorang pendaki gunung ski yang pernah menang kejuaraan dunia dilaporkan meninggal dunia akibat terjatuh semasa mendaki Gunung Mont Blanc di Banjaran Alps Perancis, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Adele Milloz, 26, dan seorang rakan yang identitinya tidak didedahkan, meninggal dunia ketika melalui laluan di puncak gunung itu menuju ke Aiguille du Peigne menjelang pukul 6.15 petang (waktu tempatan) Jumaat lalu, kata seorang pemandu arah.

Mayat mereka ditemui pada petang hari sama, manakala pegawai-pegawai percaya, kedua-dua pendaki menggunakan tali sama ketika terjatuh.

Juara dunia pendaki gunung ski maut terjatuh semasa mendaki gunung Mont Blanc

Punca kemalangan masih belum diketahui dan menurut pihak berkuasa, insiden itu masih disiasat.

Milloz yang membesar di sekitar Banjaran Alps, memenangi pingat emas kejohanan individu dan berkumpulan dalam acara mendaki gunung ski pada Sukan Dunia Tentera Musim Sejuk di Sochi, Russia, lima tahun lalu.

Dia bagaimanapun bersara pada 2019 dan bakal menamatkan latihan untuk menjadi seorang pemandu arah profesional.

“Milloz merupakan seorang wanita muda yang berpotensi tinggi. Seluruh syarikat bersedih atas kematiannya hari ini (Jumaat lepas) ,” kata Pengerusi Company of Guides of Chamonix, Olivier Greber.

Beberapa aktiviti pendakian dilaporkan dibatalkan selepas kemalangan tragis itu.

Dalam pada itu, seorang jurucakap pertubuhan penyelamat High Mountain Gendarmerie Platoon berkata, gunung-gunung tinggi di Banjaran Alps menjadi lebih berbahaya disebabkan musim panas dan kemarau yang melanda Eropah.

“Namun, akses untuk mendaki tidak tertakluk kepada larangan tertentu,” katanya.

Bulan lalu, pendaki-pendaki dinasihatkan agar menangguhkan pendakian mereka di Banjaran Alps berikutan keadaan kering yang berisiko menyebabkan kejadian runtuhan batu.

Baca Lagi:

Budak 3 tahun mencarut ketika rawatan ditampar doktor

Remaja 19 tahun dirogol bergilir-gilir setelah diumpan makan sate

Zizie Izette muat naik foto ‘berpakaian tapi telanjang’, netizen perasan sesuatu

CATEGORIES