Jual nasi lemak RM1 boleh gajikan 10 orang pekerja, ini rahsianya

Photo of author

By Joe

Jual nasi lemak RM1 boleh gajikan 10 orang pekerja, ini rahsianya. Kos sara hidup dan harga barangan yang semakin meningkat tidak menghalang seorang peniaga dari Kampung Rusila di sini daripada menjual nasi lemak berlauk ikan bilis, telur, dan timun hanya pada harga RM1.

Walaupun margin keuntungan kecil, Safiah Azlan, 32 tahun, berkata dia tetap berpuas hati kerana dalam tempoh tujuh jam, dia mampu menjual sehingga 1,700 bungkus makanan berkenaan.

Harga RM1 itu, katanya, ditetapkan selepas dia memerhati penurunan kuasa beli pengguna dan peningkatan kos sara hidup serta harga barangan.

Jual nasi lemak RM1 boleh gajikan 10 orang pekerja, ini rahsianya

“Saya berniaga makanan sejak 14 tahun lalu, tetapi melihat penurunan kuasa beli dan peningkatan harga barang, saya perlu mencari alternatif lain. Bermula Oktober lalu, 400 bungkus nasi lemak RM1 terjual sehari dalam minggu pertama.

“Minggu kedua, permintaan semakin melonjak kepada 700 hingga 800 bungkus sehari dan jualan kini cecah 1,700 bungkus sehari. Walaupun murah, bahan yang diletakkan dalam masakan sama seperti nasi lemak yang dijual harga RM3 atau RM4 sebungkus.

“Tak sangka permintaan semakin tinggi, walaupun margin keuntungan kecil, saya tetap puas hati kerana dalam tempoh tujuh jam atau kurang, mampu habiskan jualan,” katanya yang menggajikan 10 pekerja membantu menyediakan makanan untuk dijual.

Untuk menyerap kos gaji pekerja, katanya, dia perlu menjual lebih 1,000 bungkus nasi lemak RM1 setiap hari dengan pelanggan bukan sahaja penduduk setempat, malah pernah ada pelanggan luar, antaranya dari Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Kelantan, Kedah dan Perak.

“Bagi menjamin nasi lemak sentiasa dalam keadaan panas, saya memasak secara berperingkat dari jam 3 petang hingga malam. Permintaan boleh cecah 2,000 bungkus sehari, tapi namun untuk sediakan dalam jumlah itu amat meletihkan.

“Buat masa ini, saya hadkan sehingga 1,700 bungkus sahaja. Alhamdulillah, walaupun letih kerana perlu menyediakan nasi lemak dalam jumlah banyak, saya puas hati maklum balas pelanggan amat positif mengenai harga dan rasa makanan,” katanya yang menggunakan antara 80 hingga 100 kilogram beras.

“Saya juga jual hidangan barat pada harga RM5, selain mi kari dan laksa, juga dengan harga sama, tapi kuantiti bahan di dalamnya diperbanyakkan supaya orang puas makan,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita warga Korea dibunuh di hotel kerana tolak lakukan hubungan seks
“Suami talam dua muka”, depan aku terlalu baik, belakang siap ajak perempuan lain ‘main’ dalam kereta yang geran nama aku
Viral video ibu cabul anak kandung bawah umur ditahan