Jual ais batu panggang pun laku keras sekarang, siap letak sos dan serbuk cili

Photo of author

By Joe

Jual ais batu panggang pun laku keras sekarang, siap letak sos dan serbuk cili. Akhir-akhir ini, pelbagai makanan yang dianggap unik mencuri tumpuan orang ramai.

Terbaharu, hidangan yang dijual oleh seorang peniaga menarik perhatian netizen hingga mencetuskan perdebatan apabila seorang peniaga menjual ais batu panggang yang dibakar di atas api arang.

Video yang tular tersebut dikongsi oleh mr.m.a37 di laman media sosialnya. Kiriman berkenaan menunjukkan bagaimana ais batu dipanggang dan diletakkan bahan-bahan lain sebagai penyedap rasa.

Jual ais batu panggang pun laku keras sekarang, siap letak sos dan serbuk cili

Peniaga Ini Jual Ais Batu Panggang Curi Tumpuan Netizen, Letak Sos & Serbuk Cili Bagi Rasa Menyengat

“Seorang peniaga di China telah menjual ais batu pedas dengan memanggangnya di atas bara. Caranya dengan meletakkan ais di atas bara. Sapu sedikit minyak dan meletakkan serbuk dan sos cili.
“Hanya dalam beberapa saat sahaja, ia sudah siap. Satu portion ini dijual hanya pada harga RM9.00,” jelasnya dalam video tersebut.

Melihat komen netizen, ramai yang tidak berpuas hati dengan pejualan hidangan tersebut kerana kebanyakan berfikir bahawa penjualan tersebut adalah pelik dan tidak masuk akal.

“Hanya RM9 ya rakan, aduh mahai benar”.

“Yang beli pun…”.

“Peniaga ini menjual wap air panggang”.

Harga RM9, Memang Mahal…

Jual ais batu panggang pun laku keras sekarang, siap letak sos dan serbuk cili

Begitulah sedikit sebanyak reaksi orang ramai terhadap video tersebut sehingga tular dan mendapat tanda suka sebanyak 5 ribu lebih tanda suka.

Min pun agak terkejut ada penjualan ais batu panggang sebegini. Mungkin penjualan begini mendapat tempat kerana orang ramai hanya ingin mencuba keunikan penjualan yang janggal ini.

Baca Lagi:
Beras tempatan tak ada jangan risau, kerajaan perkenal beras putih Malaysia Madani berharga RM30
Pengemis ini berjanji tak akan mengemis lagi selepas kantoi ada duit simpanan sebanyak RM149k
“Kesian isteri dia mungkin dah lama pendam”- Suami kantoi curang tapi si penyondol tak nak kalah dengan isteri