Jual air mani kerbau, petani jana pendapatan RM130,879 sebulan

Jual air mani kerbau, petani jana pendapatan RM130,879 sebulan

Jual air mani kerbau, petani jana pendapatan RM130,879 sebulan. Seorang petani di Thailand menjana pendapatan bulanan mencecah 1 juta baht (RM130,879) dengan menjual air mani kerbau, lapor laman berita Thaiger semalam.

Penternak kerbau air di seluruh Thailand menawarkan bayaran tinggi untuk air mani ‘Big Billion’ iaitu seekor kerbau air jantan berharga 30 juta baht (RM3.9 juta).

Mereka menggunakan kaedah permanian berhadas menggunakan air mani Big Billion ke dalam kerbau betina dengan harapan untuk melahirkan generasi kerbau baharu yang boleh dijual mahal seperti induknya.

Jual air mani kerbau, petani jana pendapatan RM130,879 sebulan

Pemilik Big Billion, Mongkol Mongphet berkata, selain kerbau itu menjana banyak pendapatan menerusi jualan air maninya, ia juga merupakan seekor haiwan ladang yang bekerja.

Jelas Mongkol, kerbau itu diibaratkan seperti sebuah traktor tanpa kos. Najisnya digunakan sebagai baja untuk menyuburkan padi dan tanaman lain tanpa menggunakan bahan kimia yang mahal dan tidak sihat.

Dalam pada itu, kerbau tersebut juga dibesarkan untuk kecantikan dan kekuatannya serta bersaing dalam pertandingan kebangsaan.

Pemenang akan menjual kerbaunya melalui lelongan pada harga berjuta-juta baht.

Terdapat lebih daripada 20 ekor kerbau di ladang ternakan Mongkol, tetapi Big Billion adalah ‘wira’, katanya.

Baca Lagi:
Pekerja selamba makan sisa makanan pelanggan, siap buat video jadikan content TikTok
Kerajaan umum Bantuan Lesen Memandu Tahun 2023, boleh semak kelayakan anda
Harimau baham pakcik, yang pelik kenapa ramai-ramai ada dekat situ siap rakam lagi
CATEGORIES