JPJ Pahang lelong 100 buah kenderaan sita serendah RM200

Photo of author

By Joe

JPJ Pahang lelong 100 buah kenderaan sita serendah RM200. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang melakukan acara lelongan membabitkan 100 kenderaan sita pelbagai jenis dengan lelongan tertinggi berharga RM50,100 dan terendah, RM200 di Dewan Serbaguna Kompleks JPJ Pahang Indera Mahkota, di sini semalam.

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin, berkata lelongan awam ke atas kenderaan yang dilucut hak itu bermula 9 pagi hingga 2.30 petang itu disertai 124 individu atau pembida dan ia berjalan lancar serta teratur.

JPJ Pahang lelong 100 buah kenderaan sita serendah RM200

“JPJ Pahang meraih RM993,770 hasil lelongan awam kali pertama diadakan tahun ini yang membabitkan 24 motosikal dan 42 kereta pelbagai jenama.
“Lelongan tertinggi, kenderaan Subaru Impreza berharga RM50,100 manakala terendah RM200 bagi Proton Iswara 1.3S,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, bidaan minimum bagi kenderaan jenis motosikal ialah RM80 dan bidaan permulaan yang tertinggi RM14,800 membabitkan kenderaan Honda Integra buatan 2005. Dua kenderaan klon iaitu kereta Honda Integra dibuka untuk bidaan bermula RM14,800 dan RM14,300.

“Kita turut melelong tiga kenderaan berat termasuk lori serta masing-masing dua van dan pacuan empat roda.

“Individu yang menyertai lelongan terlebih dahulu telah melengkapkan borang atau dokumen lelongan dikeluarkan JPJ sebelum ini yang jual dengan harga RM70.

“Saya berpuas hati dengan perjalanan aktiviti lelongan yang diadakan dengan penyertaan ramai pembida, kebanyakan mereka sebelum ini pernah menyertai proses lelongan diadakan JPJ Pahang,”

Beliau berkata, rata-rata pembida yang ditemui menyatakan mereka berpuas hati dengan perjalanan proses lelongan, mereka membida secara profesional dengan harga berperingkat sehingga tiada lagi pencabar.

Kamarul Iskandar berkata, mereka yang membuat bidaan mengikut kemampuan terutama selepas melihat sendiri kenderaan yang diinginkan kerana sebelum ini pihaknya memberi peluang melihat lebih dekat kenderaan akan dilelong.

“Selepas berjaya memenangi bidaan, individu terbabit boleh terus membayar di kaunter disediakan dalam dewan, pegawai JPJ turut akan membantu dalam proses seterusnya bertujuan memudahkan mereka yang terbabit,” katanya.

Baca Lagi:
“Hari-hari ada duit syiling, hari ini aku buang, esok ada lagi”, peniaga durian keliru nak kutip ke tak
Lelaki malu mengaku buat perkara pelik, sekali doktor check terkejut rupanya ada deodoran dalam dubur
Kaum ibu desak pecat cikgu cantik di Tadika, punca si ayah jadi rajin hantar anak dan ambil anak