Johor isytihar cuti khas peristiwa esok

Johor isytihar cuti khas peristiwa esok

Johor isytihar cuti khas peristiwa esok. Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa esok sempena kejayaan kelab bola sepak JDT menjuarai Liga Super 2022, selain negeri itu menjadi johan Sukma Edisi ke-20.

Ini selepas JDT menewaskan Sabah FC 3-0 dalam perlawanan akhir Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor malam ini.

Menteri Besar onn Hafiz Ghazi berkata dia menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor yang telah memberi perkenan bagi meraikan kedua-dua kemenangan ini.

“Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan kepada anak-anak muda khususnya atlet-atlet kita.

Johor isytihar cuti khas peristiwa esok

“Dengan ini kerajaan negeri berbesar hati mengumumkan hari Ahad, 16 Oktober 2022 sebagai cuti peristiwa untuk Johor.

“Ini juga sebagai tanda penghargaan di atas sokongan padu yang sentiasa diberi oleh penyokong kontinjen Johor serta skuad Harimau Selatan. Luaskan kuasamu Johor,” katanya pada hantaran di Facebook.

Untuk rekod, JDT telah berjaya menjuarai Liga Super Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut.

Bagaimanapun, Johor buat pertama kali menjadi johan Sukma 2022 dalam tempoh 36 tahun penganjuran temasya sukan itu.

Johor isytihar cuti khas peristiwa esok

Dalam kenyataan berasingan, Setiausaha Kerajaan Johor Azmi Rohani memaklumkan keputusan pengisytiharan cuti khas peristiwa ini selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369].

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga ingin memberi penghargaan kepada beberapa acara sukan lain yang disertai oleh pasukan Negeri Johor yang mencatatkan kecemerlangan dan merangkul kejuaraan sepanjang 2022 seperti Bola Jaring, menerusi Johor Jewels, menjuarai Sooka Netball Super League (NSL) 2022.

“Pasukan Sepak Takraw juga beraksi cemerlang apabila berjaya menjuarai Piala Tun Ali pada bulan Ogos yang lalu. Manakala pasukan ragbi pula menempa kejayaan apabila menjuarai Ragbi

7 Sebelah Kebangsaan bawah 21 tahun dan menjadi johan dalam Kejohanan HARP Men’s U19 Championship 2022,” katanya

Azmi berkata pemberian cuti ini juga merupakan penghargaan kepada pihak terlibat dan rakyat Johor yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap pasukan yang bertanding mewakili negeri itu.

Baca Lagi:

Isteri kantoi buat projek dalam kereta dengan warga bangla, suami menangis tak tahu nak cakap apa

Duit tersilap masuk RM49.2 juta dalam akaun bank, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah, akhirnya ini yang terjadi

Dalam IC pun ada duit, ini cara nak claim

CATEGORIES