Jodoh dengan orang Jepun, pengantin perempuan terima ini sebagai mas kahwin

Jodoh dengan orang Jepun, pengantin perempuan terima ini sebagai mas kahwin

Jodoh dengan orang Jepun, pengantin perempuan terima ini sebagai mas kahwin. Perkahwinan campur antara negara bukanlah perkara asing lagi dalam masyarakat di Malaysia

Sudah banyak pasangan yang kita lihat bertemu jodoh dengan suami atau isteri mereka yang berbeza negara. Mungkin ada yang bertemu jodoh semasa belajar atau bekerja di luar negara.

Bercakap soal jodoh, kita memang tidak tahu siapa pasangan hidup kita kerana ia merupakan rahsia Allah SWT yang sangat indah.

Jodoh dengan orang Jepun, pengantin perempuan terima ini sebagai mas kahwin

Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini memaparkan majlis kahwin antara seorang wanita dengan suaminya dari Jepun telah mencuri tumpuan ramai.

Majlis akad nikah siap ada translator, pengantin lelaki beri mas kahwin 150 ribu yen

Menerusi perkongsian video daripada @ajwadazizan, kelihatan majlis pernikahan adik perempuannya sedang berlangsung di sebuah dewan.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila pasangan pengantin perempuan itu berasal dari negara Jepun dan ketika acara akad nikah berlangsung, pengantin lelaki itu menggunakan bahasa ibundanya.

Lebih menarik perhatian, dua orang abang pengantin perempuan menjadi translator dan saksi semasa akad nikah sedang berjalan. Malah, pengantin lelaki memberikan mas kahwin sebanyak 150 ribu yen iaitu hampir RM5,000 kepada pihak perempuan.

“Yang aku faham watashi je. Tahniah! Moga kekal till jannah” – Warganet
@ajwadazizan Alhamdulillah selesai pernikahan Yoshiki dan adik, semoga sampai ke syurga amiin. #nikah #jepun #japan #kahwin #fyp ♬ original sound – Ajwad Azizan

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 618K tontonan, 61K tanda suka serta 483 komen di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru itu dan teruja melihat upacara pernikahan tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Jodoh dengan orang Jepun, pengantin perempuan terima ini sebagai mas kahwin
Jodoh dengan orang Jepun, pengantin perempuan terima ini sebagai mas kahwin

Seronok pula dengar abang dia tolong translate dekat pengantin lelaki tu. Tahniah buat kedua mempelai! <3

Baca lagi :
“Saya cuma nak suami tanggungjawab pada anak”, wanita sedih minta suami datang azankan bayi tapi tak dilayan
Cikgu buat live masa spotcheck asrama, habis kantoi netizen datang komen siap bongkar tempat sembunyi barang
Datuk Yusof Haslam terpaksa pujuk Syafiq kerana Syamsul Yusof

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *