“Jiran suka pungut kucing gelandangan bawa balik ke rumah”

“Jiran suka pungut kucing gelandangan bawa balik ke rumah”

“Jiran suka pungut kucing gelandangan bawa balik ke rumah”. Assalamualaikum. Aku Namika, sudah berkahwin dan tinggal berdua sahaja dengan suami. Sedikit pengenalan, aku dan suami bekerja.

Kami balik kerja sekitar jam 5 petang ke atas. Tentunya, balik kerja, penat dan apabila balik adalah masa untuk menguruskan rumah pula seperti memasak dan tentunya berehat.
Untuk pengetahuan, aku mengemas rumah seminggu sekali yang merangkumi basuh dan lipat baju, sapu dan mop lantai, cuci tandas dan lain- lain.

"Jiran suka pungut kucing gelandangan bawa balik ke rumah"

Oleh yang demikian, pada hari Isnin – Sabtu, aku akan pastikan rumah aku sentiasa teratur dan bersih sahaja.

Sebagaimana yang aku katakan tadi, aku dan suami orang yang bekerja dan kami hanya berjumpa rumah pada pukul 6 petang ke atas. Waktu pagi, kami akan keluar bekerja semula dan begitulah rutin kami sehari – hari.

Berikutan kehidupan kami yang agak sibuk, kami mengambil keputusan untuk tidak memelihara kucing atau peliharaan yang lain kerana kami tiada masa untuk menguruskannya.

Bukan kami tidak sukakan kucing, tetapi kesibukan kami yang membataskan kami untuk memelihara haiwan tersebut.

Selain itu, kami juga memikirkan jiran- jiran yang juga bekerja seperti kami, balik kerja, penat, nak urus rumah dan keluarga, jadi kami tidak mahu najis haiwan mengganggu jiran – jiran.

Kisahnya, jiran kami (selang sebuah rumah) ada memelihara kucing dan dia suka membawa balik kucing – kucing gelandangan ke rumahnya.
Jika kita fikir logik, kenapa orang buang kucing? Tentunya kucing itu bermasalah dan berperangai jahat.
Tapi, jiran aku kutip dan bawa balik. Alasan, kasihan.

Alhasil, rumah aku jadi mangsa tempat kucing – kucing tersebut datang melepak, berak kencing dan merosakkan harta benda aku seperti kereta aku dicakar, tempat duduk motor dicakar, sofa aku dicakar dan sebagainya.

Sedih rasa. Aku beli semua ini bukan dengan air liur. tapi dengan duit dan barang – barang ini bukan murah.

Nak dapat semua ini, aku perlu bekerja dari pagi hingga petang, 5 hingga 6 hari seminggu. Sedih. Aku sudah maklumkan kepada tuan punya kucing, tolong jaga kucing elok – elok.

Jangan dilepas ke rumah orang. Tetapi dia buat tidak endah dan tuduh aku benci kucing dan tidak kasihan kepada kucing. Hello.

Aku, kalau tidak duduk di taman perumahan, aku bukan sahaja akan bela kucing, lembu kambing ayam itik pun aku akan bela. Aku tidak kisah kalau jiran aku nak bela kucing, tapi tolong bela dalam rumah. Jangan lepas ke rumah orang.

Aku balik kerja, penat. Penat di tempat kerja dan penat menghadap jam di jalanraya. Apabila balik, tentunya aku nak hilangkan penat dan berehat di rumah yang aku beli ni bersama suami tersayang.

Ini tidak, balik rumah dan aku disajikan dengan najis dan air kencing kucing pula. Macam mana aku tak marah? Korang yang baca ni, jangan cakap soal dosa pahala ye iaitu dapat pahala mencuci najis kucing.

Isunya, aku penat. Balik nak kena cuci semua itu pula. Bukan sekali tetapi berkali – kali.

Akhirnya, aku ikut amarah, aku ambil taik kucing tu dan aku lempar je ke rumah tuan kucing.

Ada yang bagi cadangan, bagitahu tuan kucing dan minta dia bersihkan taik kucing tersebut tetapi aku bukan jenis yang nak menunggu orang balik kerja. Panggil dia dan minta dia bersihkan najis.

Aku orang yang mementingkan masa. Aku tak suka buang masa tunggu orang yang entah bila balik rumah. Jiran sebelah rumah aku, dah pindah walhal itu rumah yang dia beli sebab tidak tahan dengan masalah kucing ini.

Mereka pun dah bergaduh dengan pemilik kucing sedangkan pemilik kucing hanya menyewa di situ.

Aku tak tahu siapa pemilik rumah yang disewa kerana dia tidak pernah muncul. Kalau tahu, aku dah laporkan kepada pemilik rumah yang rumahnya teruk macam rumah hantu kucing.

Lantai porch, kotor dan berlumut. Tolong lah pemilik – pemilik kucing. Jika nak pelihara kucing, peliharalah betul – betul dalam rumah korang.

Jangan dilepas keluar sehingga ke rumah jiran. Kucing nak berak kencing atau rosak perabut, biarlah dalam rumah korang je. Jangan sakitkan hati jiran.

Dari baik, terus bermasam muka kerana kucing. Aku malas sebenarnya nak panjang – panjang isu ke PBT atau pihak – pihak berwajib lain.

Cukuplah beri ingatan kepada pembaca semua kerana aku tahu, isu seperti ini ramai yang hadapi.

Terima kasih kerana membaca.

– Namika (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
“Aku difitnah mak mentua dengan adik ipar lari keluar rumah sebab ikut jantan, padahal sebab mereka senyap-senyap tukar nama kereta aku”
Surat Osama Bin Laden bertajuk ‘Letter to America’ tiba-tiba trending selepas 21 tahun
Cium batu nisan satu perbuatan yang sia-sia – UAI
CATEGORIES