Jiran sebelah baru kematian suami, tapi dalam diam dia mahu rampas suami aku, rancang mahu nikah lepas habis iddah

Jiran sebelah baru kematian suami, tapi dalam diam dia mahu rampas suami aku, rancang mahu nikah lepas habis iddah

Jiran sebelah baru kematian suami, tapi dalam diam dia mahu rampas suami aku, rancang mahu nikah lepas habis iddah. Mira masih lagi dalam Iddah tapi rupa – rupanya dah buat rancangan nak kahwin dengan suami saya lepas habis iddah nanti. Suami saya yang sebelum ini sangat baik, tiba – tiba berubah 100 peratus, siang malam duduk luar rumah dah macam orang giIa bayang. Sehinggalah saya siasat latar belakang Mira…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat warga Facebook.. Mohon jasa baik admin hide FB saya ye, demi manjaga a1b saya dan suami. Saya mohon maaf andai sahabat di aIam maya kurang jelas jalan cerita kerana saya tak pandai nak menyusun kata – kata.

Saya bukan sasterawan, hanya insan biasa. Untuk makluman, saya kerja office hour dan suami kerja shift. Kami mempunyai anak seramai 3 orang, 2 di IPTA dan seorang lagi di sekolah menengah, tingkatan 6. Cerita pergoIakkan berlaku dalam rumahtangga saya bermula pada awal tahun ini.

Jiran sebelah baru kematian suami, tapi dalam diam dia mahu rampas suami aku, rancang mahu nikah lepas habis iddah

Untuk pengetahuan warganet, suami saya seorang yang peramah dan suka menolong. Nak dijadikan cerita, jiran saya, saya namakan Mira mempunyai anak 2 dengan arwah suaminya yang ke-2. Saya perkenalkan serba sedikit tentang MIRA, dia berumur 35 tahun dan baru sahaja kematian suami (suami yang ke-3).

Tak sampai pun lagi 3 bulan, masih dalam Iddah. Mira merupakan isteri ke-2 dan pernikahan dia dan arwah tak didaftarkan dengan pejabat Agama di Malaysia. Rumah yang dia tinggal tu pun rumah yang dibeli oleh isteri arwah suaminya.

Dari sumber yang saya siasat latar belakang Mira, arwah suami Mira yang pertama dan juga arwah suami yang ke-2 pun merupakan suami orang juga. Agaknya Mira ni memang jenis suka suami orang kot. Berbalik pada cerita saya, Mira telah salah tafsir pertolongan (wang dan keperluan asas) yang kami hulurkan.

Tanpa pengetahuan saya, suami dan Mira ada rancangan ingin berkahwin selepas habis iddah. Tapi naluri seorang isteri. Saya guna phone suami menyamar jadi suami, barulah saya tau rupanya mereka berdua ada skandaI.

Saya mula syak hubungan mereka sebab selama ini suami tak pernah tinggikan suara dekat saya, apa lagi angkat tangan. Tapi sekarang ni dah berubah 100% perangai suami.. Siang malam duduk kat bangku luar rumah, macam orang kata giIa bayang.

Dalam masa yang sama saya mula ada sakit yang pelik, mimpi yang pelik – pelik. Saya tak dapat nak mengerjakan ibadah dengan sempurna dalam bulan puasa sebab sakit. Saya ada cerita kat kakak ipar, dia bawa saya pergi jumpa Ustaz Pusat Rawatan Islam.

Dari situ lah baru dapat tau, rupanya Mira guna sihir pemisah. Dengan niat nak memisahkan saya dengan suami dan ingin memiliki untuk dia sorang. Pada masa ni memang saya dengan suami dalam fasa pergaduhan. Ibarat telur di hujung tanduk.

Memang dalam kepanasan, setiap masa nak bergaduh macam anjing dengan kucing. Dalam masa yang sama, saya dan kakak ipar cuba siasat lebih dalam lagi tentang siapa Mira sebenarnya. Mira bukanlah wanita yang baik, tapi saya tak akan cerita tentang hal itu.

Lagi pun dapat anda tafsir sendirilah dalam iddah pun boleh melayan lelaki bukan mahram dan siap plan nak kahwin lagi. Baik ke tidak wanita macam tu. Saya dan kakak ipar pergi jumpa dengan ibu mertua Mira (ibu arwah suami Mira) dan kami cerita segalanya dari A hingga Z.

Ibu mertua Mira datang dan haIau Mira keluar dari rumah tu. Ibu mertua dia cakap tak perlu nak beriddah dah sebab perangai pun bukan macam orang dalam iddah, asyik nak runtuhkan rumahtangga orang.. Cukuplah anak dia yang jadi mangsa Mira sebelum ni.

Bila Mira keluar dari rumah berkenaan balik ke kampungnya, suami saya jadi semakin berat, macam orang angau. Panas baran dan pernah nak pukuI saya dengan batang penyapu. tapi tak sempat kerana anak datang seIamatkan.

Banyak tempat yang saya pergi untuk berubat, semua cakap sihir pemisah.. Sekarang suami pun sudah pulih 80%, itu pun saya berubat secara rahsia.. Percakapan tak ada dah nak maki hamun sumpah seranah. Panas baran pun dah kurang.

Sambil ikhtiar berubat, saya solat hajat doa dan bacaan ayat – ayat ruqyah memang tak tinggal.. Orang kata sih1r pemisah makan masa juga untuk pulih. Saya mohon sangat – sangat warga facebook doakan saya dan suami pulih sepenuhnya dan dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Saya anggap mungkin ini ujian kepada saya yang Allah hantar untuk saya laluinya bersama suami. Tetapi di sebalik ujian Allah, Allah hantar orang baik – baik terutama kakak ipar yang banyak memberi nasihat dan semangat.

Ini mungkin boleh dijadikan pengajaran, kalau nak tolong orang berpada – pada. Jangan jadi macam saya, ibarat menolong anjing yang tersepit. Jadikan cerita saya sebagai pedoman. Bagi saya ini pengajaran dan pengalaman hidup.

Jangan lupa doakan rumahtangga saya bahagia till jannah. Terima kasih admin tolong siarkan kisah saya ni, untuk pengetahuan semua, usia perkahwinan kami dan masuk 24 tahun. Suami saya berumur 52 tahun dan saya berumur 48 tahun.

Suami pun dah tak lama nak masuk fasa pencen dah. Tergamak Mira gunakan sih1r pemisah untuk memp0rak peranda rumah tangga kami. Dari cerita mak mertua Mira, isteri pertama arwah suaminya pun terkena juga.

Sakit macam orang giIa mer0yan, merata berubat. Apa pun kita doakan semoga Allah beri taufik dan hidayah pada Mira.. Dan terima baIasan yang setimpaI dari Allah di atas perbuatannya.

Komen Warganet :

Siti Hajar Mahamad Shukori : Saya tak kahwin lagi tapi pernah jumpa sorang perempuan macam Mira cuma namanya Sarah. Semoga manusia – manusia jenis ni diberikan hidayah untuk berubah.

Tak bahagia kalau porak perandakan rumahtangga orang dan yang jadi m4ngsa anak – anak. Percaya laa sakit anak – anak, sedih anak – anak bila tengok rumahtangga keluarga hampir pecah. Kepada akak ni semoga terus sabar dan kuat.

Teruskan solat hajat, ikhtiar untuk dapatkan semula suami akak, InsyaAllah akan ada sinar bahagia saat suami akak dah kembali dekat akak. Waktu tu anak – anak laa manusia paling gembira . Ikhlas nasihat dari saya, anak yang hampir kehilangan kasih sayang abah sebabkan perempuan jahat .

Siti Nur Rohazrien Juhari : Sih1r pemisah memang sakit. Dah la kita s4kit, suami plak berubah 100%. S4kit fizikaI dan mentaI jadinya. Alhamdulillah bila tt sedar cepat.. Semoga terus bahagia bersama suami dan anak – anak.Sentiasa amalkan ayat – ayat pendinding sebab bila sekali kita dah kena gangguan badan kita mudah menangkap aura – aura yang tak elok tu.

Precious Iris : Banyak anjing yang tersepit sekarang ni, kemudian guna laki orang plak untuk luah masalah. Yang laki orang pun melayan macam mampu sangat nak tolong selesai masalah padahai masalah anak bini pun tak tertolong selesaikan. Kalau jumpa kat aku lagu ni, aku cilikan je dua – dua orang tu

Intan Intan : Fuh! 24 tahun usia perkahwinan sis. Tahniah sis, tempoh yang lama dah cukup untuk memat4ngkan sis dan suami. Bila membaca cerita sis ni, saya tau suami sis mungkin bukan saja – saja bersikap demikian apetah lagi bila terkena ilmu hitam ni.

Ujian hebat buat sis dan keluarga. Siapa yang tak sayang akan perkahwinan yang lama. Ok sis, semua ni ujian dari Tuhan.. Sis jangan berhenti berdoa, jangan berhenti bersabar. Ikhtiarkan apa yang sebaiknya. Minta pendapat mereka – mereka yang arif dalam bidang ni. Insyaallah semoga dipermudahkan dan sis akan dapat kebahagiaan semula.

Yatika Jelani : Masha Allah. Cerita tt lebih kurang macam cerita saya. Tolong orang, kemudian sekarang saya yang sakit. Memang masa rawatan ustaz kata kena sih1r pemisah. Teruskan usaha. Buat rawatan. Berjuang. Sebab makin tt Berjuang untuk seIamatkan rumahtangga makin akan nampak benda – benda tak elok pada si penyih1r.

Baca Lagi:
‘Berniaga sambil bersedekah’- Suami isteri buka carwash percuma basuh van jenazah dan kereta polis, kini dah ada 14 buah lori
7 mangkuk cendol durian di Melaka berharga RM279,30
Rider Foodpanda dapat order hantar Starbucks, terkejut dapat 2 angpao dari pemuda cina
CATEGORIES