Jiran atas tuang asid dalam singki, paip singki meletup terkena 2 anak jiran bawah sampai melecur

Jiran atas tuang asid dalam singki, paip singki meletup terkena 2 anak jiran bawah sampai melecur

Jiran atas tuang asid dalam singki, paip singki meletup terkena 2 anak jiran bawah sampai melecur. Dua kanak-kanak melecur selepas terkena cecair dipercayai asid serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran paip sinki rumah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu disedari ibu kanak-kanak terbabit ketika berada di kediaman mereka di tingkat satu selepas terdengar letupan di bahagian dapur.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan awal.

Jiran atas tuang asid dalam singki, paip singki meletup terkena 2 anak jiran bawah sampai melecur

“Kanak-kanak lelaki itu mengalami melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha manakala adiknya pula melecur di paha kanan.

“Kedua-dua mangsa itu dilaporkan stabil namun, kanak-kanak lelaki itu masih dalam rawatan di wad kecemasan ICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemilik rumah tingkat dua pangsapuri terbabit menggunakan serbuk soda yang dibeli secara dalam talian bernilai RM50 untuk membersihkan saluran paip sinki rumahnya yang tersumbat.

Katanya, siasatan masih dijalankan termasuk merekod keterangan ibu mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.

Baca Lagi:
Ini fakta menarik pelakon jelita Sophia AlBarakbah yang ramai tak tahu
5 rahsia di bilik hotel yang perlu anda tahu
Nampak sama tapi tak serupa, ini perbezaan orang kaya dan orang banyak duit
CATEGORIES