Jika mahu anak anda bijak pandai, elakkan buat perkara ini..

Jika mahu anak anda bijak pandai, elakkan buat perkara ini..

Jika mahu anak bijak pandai, elakkan buat perkara ini.. Ada beza garang, tengking, marah, tegas.

Anak ni, ko nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat. Iaitu elakkan TENGKING anak.

  • Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Orang tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dalam diri. Tiada kaitan dengan emosi.

Ada orang yang pendiam tapi tegas. Ada orang penakut tapi tegas. Namun tegas sinonim dengan berani.

Sebab ramai orang keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Orang tu ingat tegas dan marah tu aku maksudkan tengking.

  • Garang = Sejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg.

Orang garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi orang tahu personaliti dia garang. Biasanya orang garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu daripada orang lain. Contohnya dia lembut didalam. So nak melindungi kelembutan tu dia tutup dengan sifat garang.

  • Marah = Orang pemarah dan org penengking berbeza. Sebab ada orang suka marah dia pendam dan diam. So dia lepaskan dengan emosi merajuk.

Panas baran sebenarnya orang yang suka menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sebab ada orang dia suka diam bila marah.

  • Tengking = Sejenis sikap suka melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yang kuat disertai dengan emosi yang meluap luap. Kebiasaannya orang panas baran dilabel panas baran bila mereka suka menengking.

Kanak2 akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yang dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak2 semakin hilang keupayaan untuk berfikir dan bertindak serta sukar membuat. Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depressi pada anak2.

Jika mahu anak anda bijak pandai, elakkan buat perkara ini..

Kunci didikan anak ada pada bait kata saidina ali ra. Iaitu satu manusia yang Allah redha untuk ke syurga semasa hayatnya. Orang yang rapat dengan nabi saw. Orang yang awal memeluk islam diusia muda. Orang yang memimpin umat Islam dikala suasana perit

Bila sebut jer sahabat nabi saw, maknanya ia merujuk orang yang setia dan paling rapat dengan nabi saw. Orang paling hampir kepada nabi saw. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw.

Saidina ali ra pesan

” Didik anak 7 tahun pertama sebagai raja ”

Macam mana ko layan raja? Ada ko tengking raja?

Sebab otak manusia yang bergerak dulu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Otak kanan adalah otak yang penuh dengan emosi. Sebab tu orang yang menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dengan kuat.

Tak kisah lah ko bagi fish oil ker, hemp oil ker, sacha inchi oil ker. Once ko kerap tengking anak. Otak anak yang nak develop tadi akan terbantut. Dan data yang terbantut tu membantutkan tahap berfikir dan tahap bertindak anak2.

7 tahun pertama sesuai didik anak supaya belajar mengenali emosi mereka. Supaya kelak mereka boleh seimbangkan dan kawal emosi. Emosi adalah sumber kekuatan jiwa manusia. Jiwa kuat, badan sihat.

Otak kanan juga ada daya imaginasi yang sangat2 tinggi. Rangsang semaksimum mungkin daya tu, baru ko dapat unlock penggunaan otak kiri.

Jika mahu anak anda bijak pandai, elakkan buat perkara ini..

Hannah panggil aku. Nanti sambung…

If aku kata tengking pun a BIG NO. Maknanya sentap tangan, maki, tumbuk adalah berlebih jangan dilakukan.

Aku juga belajar perlahan lahan. Ko nak anak mudah memghafaz masa sekolah, mudah mengira, mudah membaca.

Stop TENGKING anak.

Agaknya, suka tak dapat suami atau bos yang suka menengking?

Anak manja? Jangan risau. Anak manja adalah anak yang berdikari. Ada beza manja dan mengada. Next nanti sambung..

So start harini jangan tengking. Stop tengking terus. Ada cara nak stop perangai menengking ni. Faham tengah wabak covid19 ni ramai stress tapi kawal! Demi anak2 kita!

Mimbarraudhah: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda untuk mendidik anak anda supaya menjadi anak yang berakhlak dan tutur kata yang sopan suatu hari nanti.

Baca Juga : Kalaulah pesanan Tuan Guru Nik Aziz sentiasa diingati…..

Dua pelajar kolej kesihatan dikecam tidak profesional

Dongeng itik patah kaki dengan berudu

Lelaki Thai aman sentosa bersama lapan isteri

Diancam bunuh, Aisar Khaled serah kepada polis

CATEGORIES
TAGS