Jika lampu minyak berkelip, berapa km lagi kereta boleh pergi? Ikuti perkongsian Abang Haji ini…

Photo of author

By Joe

Jika lampu minyak berkelip, berapa km lagi kereta boleh pergi? Ikuti perkongsian Abang Haji ini… Pernah tak ketika tersangkut dalam kesesakan trafik, indikator paras minyak petrol pula asyik berkelip-kelip lampu merah?

Waktu itu, pasti rasa panik mula datang menyerang, kan? Yelah, ketika terperangkap dalam kesesakan dan kereta tak dapat bergerak, ketika itu jugalah lampu ini ‘sibuk’ nak menyala, petanda minyak dalam tangki semakin habis.

Manalah tak serabut, kalau minyak habis satu hal pula nanti. Tidak kisahlah anda lelaki ke perempuan, mesti rasa macam hendak menangis di dalam kenderaan.

Jika lampu minyak berkelip, berapa km lagi kereta boleh pergi? Ikuti perkongsian Abang Haji ini...

Jika lampu minyak berkelip, berapa km lagi kereta boleh pergi?

Ketika diulit rasa cuak, terdetik rasa menyesal dan anda mempersoalkan diri anda sendiri.

“Kenapalah aku tak isi minyak tadi? Kalaulah aku isi, tak adalah minyak habis semasa tengah perjalanan,”

Jadi, jika anda gentar untuk berhadapan dengan situasi di atas, ataupun SEDANG pun menghadapi situasi di atas, apa yang patut dilakukan oleh anda?

Pemilik TikTok Petronas Bukit Kempas (petronasbukitkempas) baru-baru ini berkongsi serba sedikit berkenaan lampu indikator paras minyak ini.

Menerusi video berkenaan, Abang Haji cuba menjelaskan sejauh manakah kereta mampu bergerak apabila lampu berkenaan mula berkelip.

Kata Abang Haji, lampu berkenaan akan mula bernyala apabila paras bahan api di dalam tangki kereta kini tinggal kira-kira 10 peratus.

Berdasarkan pengiraan, dengan baki 10 peratus itu kereta masih mampu bergerak dalam lingkungan 50-100 kilometer lagi.

Walau bagaimanapun, jarak berkenaan tersebut bergantung pada saiz tangki kenderaan anda. Jika tangki kenderaan bersaiz kecil, kereta dijangka mampu bergerak dalam lingkungan 50 kilometer.

Manakala, jika tangki kereta bersaiz besar, kereta boleh bergerak sehingga sejauh 100 kilometer.

@petronasbukitkempas Berapa jauh kita boleh pergi bila lampu minyak habis menyala? #pakhajipetronas #pakhaji #petronasbukitkempas #petronas ♬ original sound – Petronas Bukit Kempas

Jangan panik, hadapi situasi ini dengan tenang
Jadi, sebagai pengguna kereta, anda tidak perlu panik pun jika lampu indikator ini tiba-tiba berkelip, kerana anda mempunyai masa yang cukup untuk mencari mana-mana stesen minyak.

Pertama sekali, anda cuma perlu mengenal pasti stesen minyak terdekat, berpandukan aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze.

Selepas itu, pilih dan pandulah dengan berhati-hati menuju stesen minyak berkenaan.

Namun begitu, anda digalakkan untuk memandu pada laluan paling kiri. Tujuannya bagi memudahkan urusan anda dan juga orang lain sekiranya terjadi situasi tidak terjangka. Misalnya petrol habis sebelum sempat tiba di stesen minyak.

Tindakan ini juga memudahkan orang ramai untuk membantu mengalihkan kenderaan anda dan mengelakkan kesesakan berlaku.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu di Langkawi ada kampung seperti Avatar
Selama hidup baru tahu kenapa menara tangki air dibina tinggi, rupanya ini sebabnya
Ini sebab kenapa ayam jantan berkokok setiap pagi yang ramai tak tahu