Jho Low berjudi di kasino Las Vegas, bertaruh RM366 juta

Jho Low berjudi di kasino Las Vegas, bertaruh RM366 juta

Jho Low berjudi di kasino Las Vegas, bertaruh RM366 juta. Low Thaek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low didakwa bertaruh hampir AS$87 juta (RM366 juta) di sebuah kasino di Las Vegas sebelum kerugian AS$26 juta (RM109 juta) antara 2009 hingga 2011.

Lapor The Edge Market, perkara itu didedahkan oleh seorang eksekutif di The Venetian Resort, Kirk Godby ketika memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng di mahkamah di sini.

Menurut Godby, baccarat adalah permainan kegemaran Jho Low dan dia dianggap sebagai tetamu ‘premium’ di premis tersebut.

Laporan Bloomberg pula menyatakan, Godby menerusi keterangannya menjelaskan, Ng bersama Jho Low berjudi pada November 2010 dan itu merupakan satu-satunya kunjungan Ng ke resort berkenaan.

Jelas Godby, Ng kalah AS$22,500 (RM94,516) dalam permainan baccarat sementara Jho Low yang bermain di meja sama dengan mempertaruhkan duit sebanyak AS$4 juta (RM17 juta).

“Jho Low sangat boros. Dia mempunyai permintaan yang pelik seperti mahukan lampu-lampuan dipasang ketika berjudi, selain pentas untuk menari dan alunan muzik DJ,” kata Godby.

Dalam sesi permainan yang berlangsung selama 90 minit itu, Jho Low dikatakan kalah sebanyak AS$1.75 juta (RM7.4 juta).

Jho Low dikatakan menghabiskan duit berjudi dalam tempoh antara 2009 hingga 2011 dan Jabatan Kehakiman AS menyifatkan tempoh itu sebagai ‘Fasa Good Star’.

Dalam tempoh tersebut juga, sebanyak AS$1 bilion (RM4.2 bilion) diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Baca Lagi:

Gempar!! Bertarung 15 minit tewaskan sawa gergasi dengan menggunakan jengkaut

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati

Video sungguh menyayat hati, lebih 700 buah rumah atas air musnah terbakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *