Jerman sudah tidak peduli Covid-19, longgar semua sekatan

Jerman sudah tidak peduli Covid-19, longgar semua sekatan

Jerman sudah tidak peduli Covid-19, longgar semua sekatan. Jerman bakal menarik balik semua sekatan Covid-19 biarpun kes jangkitan di negara ini terus meningkat.

Chanselor Olaf Scholz berkata, negara ini merekodkan hampir 300,000 kes jangkitan sehari, namun keputusan untuk melonggarkan semua sekatan adalah wajar memandangkan unit rawatan rapi di kebanyakan hospital tidak sesak seperti sebelum ini.

Menjelang 20 Mac ini, pemakaian pelitup muka tidak lagi perlu di kawasan tertutup seperti sekolah dan pasar raya.

Namun, pelitup muka masih perlu dipakai di klinik kesihatan dan rumah penjagaan warga emas.

Kesemua 16 negeri di Jerman mempunyai kuasa untuk mengenakan semula sekatan Covid-19 sekiranya terdapat kawasan yang merekodkan kes jangkitan tinggi dan kadar kemasukan hospital meningkat.

Parlimen Jerman sebelum ini membahaskan sama ada vaksin Covid-19 perlu diwajibkan atau sebaliknya.

Sehingga kini, masih belum ada keputusan dibuat berhubung perkara tersebut.

Baca Lagi:

Ini 7 sebab kenapa lelaki melayu suka sangat dengan amoi berbanding perempuan melayu..

Seorang anggota (PGA) berpangkat koperal maut ditembak

Harga minyak sudah naik, ini 8 tips jimat minyak kenderaan sungguh berkesan

CATEGORIES