Jeritan wanita minta tolong jam 2.30 pagi gemparkan penduduk

Jeritan wanita minta tolong jam 2.30 pagi gemparkan penduduk

Jeritan wanita minta tolong jam 2.30 pagi gemparkan penduduk. Seorang pempengaruh (influencer) media sosial berkongsi pengalaman berdepan situasi mendebarkan apabila terdengar suara menjerit meminta tolong di kawasan perumahannya di Selangor, semalam.

Menerusi satu hantaran di Twitter @runningpanda_, berkata, pada pukul 2:30 pagi dia terdengar suara seorang wanita menjerit berulang kali meminta tolong untuk satu tempoh yang agak lama.

“Suami saya dan jiran menyahut suara itu. Tak semena-mena, terdapat suara lelaki berkemungkinan suami wanita berkenaan menjawab dan meminta kami mengabaikan jeritan tersebut,” jelasnya.

Jeritan wanita minta tolong jam 2.30 pagi gemparkan penduduk

Tambahnya, sejurus lelaki tersebut bersuara, wanita tersebut berhenti meminta tolong dan yang kedengaran suara seakan menangis.

“Saya menghubungi polis meminta agar pihak berkuasa datang segera kerana terdapat orang meminta pertolongan,” katanya menerusi bebenang hantaran tersebut.

Ujarnya lagi, wanita tersebut bertindak berani keluar dari rumahnya dan menemui polis bagi mendapatkan pertolongan. Wanita itu kemudian menaiki kereta peronda polis kemungkinan menuju ke balai.

Perkongsian cerita yang diciap semula sebanyak 7,797 kali dan mendapat 11,100 tanda suka setakat ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Terima kasih kerana sudah membantu. Anda telah melakukan tindakan yang betul dan tidak semua perwira (hero) memakai topi, sesetengah daripada mereka memakai tudung,” puji seorang pengguna di media sosial itu.

“Jeritan meminta pertolongan bukan gurauan. Jika maklumbalas sudah diterima tetapi jeritan itu masih kedengaran, laporkan segera untuk tindakan susulan. Biarkan polis yang tentukan kesahihannya,” kata pengguna lain.

Baca Lagi:
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
Kisah sebenar kereta Perodua Aruz yang diconteng perkataan ‘janda’ tular akhirnya terjawab
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin
CATEGORIES