
Jep cerita awal perkenalan dengan Sari Yanti, tak sangka pernah ‘sound bapa dia ‘
Jep cerita awal perkenalan dengan Sari Yanti, tak sangka pernah ‘sound bapa dia ‘. Lazimnya setiap kali ada sketsa atau topik berkaitan pasangan serta rumah tangga, Jep acap kali teringat isteri di rumah. Malah, dia turut mengaitkan cinta hatinya itu dalam setiap penceritaan untuk dikongsi bersama para pendengar radio yang lain. Samalah juga dengan situasi yang berlaku dalam konti Sinar FM awal pagi tadi.
Jep cerita awal perkenalan dengan Sari Yanti
Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman TikTok @sinar_my, Jep berkesempatan kongsi detik perkenalan bersama Sari Yanti suatu ketika dahulu. Jelas Jep, pada awalnya dia hanya berhubung dengan pelakon wanita tersebut menerusi mesej sahaja. Malah, mereka berdua sempat keluar bersama beberapa kali sebelum pelawak itu meluahkan hasrat hati untuk meminang isterinya.
Terkejut dengar Jep ‘sound’ ayah mertua dia
Sepanjang sesi tersebut, pelawak berkenaan kelihatan tenang bercerita dan menjawab beberapa soalan daripada rakan yang lain. Namun, suasana bertukar lucu apabila Jep tersilap menggunakan perkataan dalam percakapannya. Keadaan ini sekaligus membuatkan seluruh konti meriah dengan gelak tawa para penyampai yang lain.
@sinar_my Jep cerita awal-awal perkenalan dengan Sari Yanti. Terkejut dengar Jep “sound” ayah mentua dia 🤣😂 #xyzbca #fypシ #pagidisinar ♬ original sound – SINAR
Cepat-cepat dia cover takut pak mentua dengar…Bagus Jep ni, cara dia memang gentlemen betul
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan penceritaan spontan penyampai radio berkenaan. Dalam pada itu, ada yang menyifatkan Jep seorang yang gentlemen kerana berani meluahkan hasrat hatinya kepada bapa Sari Yanti.
Follow Twitter: https://twitter.com/GHBMEDIA_TV
Follow FB: https://www.facebook.com/SelayangPandangMedia