Jenazah ayah masih di rumah, anak lambai ayah ‘di atas langit’ buat ramai netizen ketakutan

Photo of author

By Joe

Jenazah ayah masih di rumah, anak lambai ayah ‘di atas langit’ buat ramai netizen ketakutan. Perbuatan seorang budak perempuan melambai tangannya ke langit semasa jenazah ayahnya masih di rumah pada waktu malam telah menimbulkan ketakutan di kalangan pengguna media sosial, lapor saluran berita Tribun semalam.

Dalam rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @depi.syafira, orang ramai dilihat berkumpul membacakan surah Yasin untuk arwah yang telah dibalut sempurna dengan kain kafan.

Tidak lama kemudian, budak itu berdiri di depan pintu rumah dan melambaikan tangannya sambil tersenyum.

Jenazah ayah masih di rumah, anak lambai ayah 'di atas langit' buat ramai netizen ketakutan

Lebih mengejutkan, dia mengaku melihat ayahnya yang telah meninggal dunia di atas langit.
“Ayah di atas langit,” kata budak itu.

Rakaman tersebut menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengatakan mereka terdengar bunyi ayam berkokok.

“Kanak-kanak tidak akan menipu, mungkin dia betul-betul melihatnya,” kata seorang netizen.

“Ayam berkokok di tengah malam, itu mungkin petanda,” kata netizen lain.

Baca Lagi:
Lelaki diliwat dengan warga asing ketika datang minta kerja
Netizen bimbang lihat reaksi lelaki tidak tidur selama 12 hari untuk pecah rekod dunia
“Gaji RM2k sebulan tapi sanggup nak beli iPhone 15 Pro Max dengan ansuran selama 5 tahun”