Jenama baju Melayu terkenal zaman now teruk dikecam selepas netizen ingat sejarah lama aniaya isteri

Jenama baju Melayu terkenal zaman now teruk dikecam selepas netizen ingat sejarah lama aniaya isteri

Jenama baju Melayu terkenal zaman now teruk dikecam selepas netizen ingat sejarah lama aniaya isteri. Baru-baru ini, sebuah jenama pakaian baju melayu terkenal telah menjadi bualan ramai berikutan kejayaan syarikat itu menghiasi papan iklan elektronik gergasi di tengah ibu kota.

Ia menjadi tumpuan kerana papan iklan gergasi itu kebiasaannya dihiasi oleh jenama mewah antarabangsa dan turut menelan kos jutaan ringgit untuk disiarkan dari pukul 8 malam hinggalah 12 tengah malam.

Jenama baju Melayu terkenal zaman now teruk dikecam selepas netizen ingat sejarah lama aniaya isteri

Namun begitu, di sebalik kejayaan pemilik syarikat jenama pakaian itu, agak ramai netizen tampil untuk memboikot jualan pakaian mereka setelah beberapa insiden membabitkan bekas ‘founder’ dan suaminya yang juga pemilik syarikat jenama pakaian tersebut.

Jenama baju Melayu terkenal zaman now teruk dikecam selepas netizen ingat sejarah lama aniaya isteri

Dia tak nak rebrand balik ke sebab ni bukan nama gabungan dengan ex wife. Takut kot nak tukar nama sebab orang kenal pun sebab bekas isteri.

Difahamkan, jenama pakaian itu sememangnya dikenali sejak dahulu lagi setelah seorang wanita bertungkus lumus bersama suaminya membangunkan syarikat itu sehinggalah dikenali ramai.

Namun, suaminya itu telah ‘membuang’ nama si isteri yang sebelum ini bergelar pengarah syarikat setelah kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai.

Si isteri mendakwa dirinya bersusah payah membangunkan syarikat tersebut ketika si suami (kini bekas suami) masih belum mempunyai apa-apa dan dikhianati sebelum dibuang dari bisnes empayar pakaian tersebut.

Baca Lagi:
Warisan umum tidak bertanding PRN 6 negeri, ini sebabnya
Doktor sahkan jangkitan virus, pelakon Iqbal Mazlan sebak penglihatan hilang dalam masa 2 hari
Ini kisah sejarah Kicap Cap Kipas Udang yang korang selalu makan tu
CATEGORIES