Jemaah terkejut kepala ‘babi’ atas bumbung masjid

Jemaah terkejut kepala ‘babi’ atas bumbung masjid

Jemaah terkejut kepala ‘babi’ atas bumbung masjid. Para jemaah ketakutan selepas kepala khinzir ditinggalkan di atas bumbung sebuah masjid di Britain dalam insiden yang dianggap sebagai jenayah kebencian, Islamofobia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Orang ramai menemui kepala haiwan itu ketika mereka meninggalkan perhimpunan di bangunan Heatons Muslim Community Trust (HMCT) di Battersea Road, Heaton Mersey, Stockport. Bangunan itu menempatkan sebuah masjid serta fasiliti masyarakat.

Kepala Khinzir itu diletakkan di bahagian rendah dan rata bumbung bangunan itu bermakna ia mudah dilihat. Ia disedari sekitar jam 9.15 malam (waktu tempatan) Jumaat lalu.

Jemaah terkejut kepala 'babi' atas bumbung masjid

Salah seorang pemegang amanah HMCT berkata, kejadian itu menimbulkan ketakutan dan keresahan besar dalam kalangan pengunjung pusat tersebut termasuk kanak-kanak serta warga emas.

Muhammad Tayyab Mohiuddin berkata: “Pada waktu petang kami mengadakan perhimpunan di pusat komuniti ini dan seseorang menyatakan, terdapat kepala khinzir di atas bumbung.

“Ia adalah bumbung yang pendek supaya mudah dilihat. Saya fikir mereka telah memilih tempat itu untuk menakutkan orang ramai. Semua orang tahu seseorang telah meletakkannya di sana dan apakah niat mereka?

“Dalam agama kami, kami tidak dibenarkan makan daging khinzir atau mengendalikannya dalam apa cara sekali pun, Jadi, seseorang telah melakukannya secara khusus atas sebab itu.

“Kami mempunyai ramai orang tua dan kanak-kanak yang menggunakan pusat itu dan jelas mereka agak takut bahawa seseorang menyasarkan kami dan takut pada masa hadapan sekiranya pelaku pergi lebih jauh atau mengambil langkah yang salah.

“Kami telah bercakap dengan polis dan memberitahu mereka. Kami telah diberitahu ia direkodkan sebagai jenayah kebencian.”

Mohiuddin berkata, pusat itu yang telah berkhidmat kepada penduduk Islam Heaton selama lebih sedekad, tidak mempunyai banyak isu selain dua kes pecah rumah pada tahun lalu yang menyaksikan televisyen dan peti derma dicuri.

Beliau berkata rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kereta berhenti dan dua orang keluar dengan salah seorang daripada mereka membawa apa yang kelihatan seperti beg sampah.

Menurutnya, plat pendaftaran kereta itu dirakam dan berharap polis dapat mengesan pelaku perbuatan tersebut dengan segera.

Baca Lagi:
Selalu bawa bekal nasi telur rebus, bos pelik perangai staff dia, padahal baru dapat gaji…
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
Cipta sejarah Malaysia, lelaki Pulau Pinang menang jakpot RM69,637,527.35 juta dengan modal RM50
CATEGORIES