“Jauh beza dengan wanita Malaysia”- Gadis Rusia mahu cari bakal suami bergaji bawah RM2.5k. Bukan semua wanita materalistik, tetapi kebanyakan dari mereka pada zaman ini menginginkan suami yang mempunyai pekerjaan yang stabil dan mampu menyara kehidupan mereka serta anak-anak di masa akan datang.
Oleh itu, isu gaji lelaki adalah satu topik yang sensitif kerana ada wanita yang berpendapat bahawa mereka mengharapkan gaji bakal suami mereka mencecah RM15,000 jika mahu berkahwin. Uish, sungguh tinggi.
Namun, gadis ini memberikan jawapan yang berbeza apabila ditanya berapa banyak gaji seorang lelaki perlu mempunyai setiap bulan untuk berkahwin dengan gadis Rusia.
Baginya, tidak penting berapa banyak gaji seorang lelaki itu perlu mempunyai setiap bulan, tetapi yang paling penting adalah dia mampu menampung perbelanjaan hidup keluarga.
Tak begitu penting berapa banyak gaji sebulan seorang lelaki perlu ada, tapi ia mesti cukup untuk menampung semua perbelanjaan harian.
“Jadi lebih kurang dalam 500 dollar (RM2,347.07),” katanya.
Tambah gadis itu lagi, seorang lelaki yang ingin mengahwini gadis Rusia juga sepatutnya memberi sedikit wang kepada keluarga bakal isterinya, kira-kira 200 dolar (RM942.40), yang kebanyakan akan digunakan untuk majlis perkahwinan.
“Selalunya untuk majlis perkahwinan, pihak lelaki yang akan menanggung kosnya. Sebagai contoh, rakan saya akan berkahwin pada Ogos ini. Bakal suaminya akan menanggung kos majlis perkahwinan.
“Untuk majlis kecil yang melibatkan keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat, ia bernilai 700 dolar (RM3,298.40),” katanya.
Gadis ini turut menyatakan bahawa kebanyakan pengantin menghabiskan wang bukan untuk majlis perkahwinan tetapi lebih kepada bulan madu.
“Patutlah aku tak kahwin-kahwin.”
Video ini telah menarik pelbagai reaksi dari netizen, terutama golongan lelaki yang sedang mencari pasangan di Rusia.
@spstreetstoryHow much money does a man need to marry a Russian woman?..
Apa-apapun bagi admin tak semua perempuan mencari lelaki yang bergaji tinggi, ada je yang nak biasa-biasa. Yang penting bahagia, kan?