Jatuh hati dengan ‘Budu’ lelaki Korea tinggal lima tahun di pantai Timur

Jatuh hati dengan ‘Budu’ lelaki Korea tinggal lima tahun di pantai Timur

Jatuh hati dengan ‘Budu’ lelaki Korea tinggal lima tahun di pantai Timur. Keenakan hidangan tradisi masyarakat Pantai Timur iaitu budu memikat seorang pemuda yang berasal dari Busan, Korea Selatan untuk menetap sehingga lima tahun di Kelantan dan Terengganu.

Jang Roma, 30, mengaku jatuh hati pada budu ketika pertama kali mencuba menu tersebut pada 2018.

Katanya, rasa dan ramuan budu mirip dengan sajian Korea Selatan sekali gus menghilangkan kerinduan kepada kampung halaman.

“Malaysia merupakan negara pertama yang saya jejaki ketika mengikuti program pertukaran pelajar sarjana muda selama setahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak pada 2015 dan tiga tahun kemudian, saya kembali lagi ke sini untuk bercuti.

“Pada masa itu, seorang rakan menawarkan saya menyertainya menguruskan restoran terkemuka Korea di Kelantan dan saya tinggal di sana selama hampir tiga tahun sebelum berpindah ke Terengganu membuka cawangan sama di sini sejak 2020,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Roma, selain budu, antara makanan tradisi yang digemarinya ialah sup perut dan keropok lekor.

Katanya, walaupun Pantai Timur jauh dari kepesatan dan kesibukan ibu kota tetapi dia selesa berada di sini sekali gus berhasrat untuk menetap lebih lama di samping tidak menolak kemungkinan berkenalan dengan gadis tempatan.

Roma yang merupakan lulusan Universiti Busan itu turut boleh bertutur dalam bahasa Melayu, malah dalam dialek Kelantan.

“Pekerja di restoran saya kebanyakannya orang tempatan, jadi saya banyak belajar bercakap daripada mereka di samping dengan pelanggan dan antara perkataan kegemaran saya ialah sama-sama.

“Sama-sama pertama kali disebut semasa saya mendengar lagu bertajuk ‘Mulanya di sini’ dendangan sebuah kumpulan. Tetapi, saya kagum kerana ramai orang Malaysia yang memahami dan boleh bercakap dalam bahasa Korea,” katanya.

Baca lagi:

Allahuakbar, macam orang gila jaga anak 12 orang hanya jual kuih 10 sen

Jeneral perang Rusia dibunuh Sniper di Ukraine

‘Presiden kami paling berani di dunia, kami akan mempertahankan kedaulatan Ukraine’

CATEGORIES
TAGS