Jarang sekali berlaku, pelancong terkejut nampak ikan paus pilot muncul di Tioman. Video baru-baru ini yang tular, dipercayai menunjukkan sekumpulan ikan paus pilot muncul di Pulau Tioman, Pahang.
Sebuah ekspedisi pelayaran di Pulau Tioman yang dikenali sebagai Sea Rascals baru-baru ini mengalami penemuan menarik apabila mereka menjumpai sekumpulan ikan paus pilot semasa pelayaran mereka.
Kapten krew, Zai, sempat merakam momen indah tersebut dengan kameranya.
Dalam rakaman video tersebut, sekumpulan ikan paus pilot dilihat sedang berenang berdekatan dengan bot. Terdapat satu ekor ikan paus pilot yang kelihatan seolah-olah sedang melakukan persembahan.
Ikan paus pilot merupakan mamalia yang suka bermain dan sangat mesra
Mereka hidup dalam kumpulan dan akan bergerak secara berombongan.
Sebagai catatan, ikan paus pilot mempunyai kecerdasan yang luar biasa; mereka mampu melakukan tindakan yang kompleks.
Mereka jarang ditemui di Pulau Tioman berbanding dengan Langkawi atau Sarawak.
Walau bagaimanapun, penemuan ikan paus pilot di sekitar Tioman bukanlah mustahil tetapi amat jarang berlaku.
Comelnya, memang beruntung sangat siapa yang nampak tu!