Jarang dilihat manusia, ikan laut dalam bergigi tajam ditemui tepi pantai

Photo of author

By Joe

Jarang dilihat manusia, ikan laut dalam bergigi tajam ditemui tepi pantai. Seekor spesies ikan laut dalam yang jarang ditemui telah terdampar di pantai Oregon untuk kali pertama dalam sejarah, dilaporkan oleh laman berita semalam.

Menurut Akuarium Seaside yang terletak di bandar Seaside, ikan yang dikenali sebagai ‘footballfish’ itu ditemui pada 18 Mei lalu oleh seorang penduduk tempatan berhampiran Pantai Cannon.

“Ia hidup dalam kegelapan sepenuhnya, pada kedalaman antara 609 hingga 1,005 meter. Ikan ini jarang dilihat,” jelas pusat akuarium tersebut.

Jarang dilihat manusia, ikan laut dalam bergigi tajam ditemui tepi pantai

“Malah, hanya 31 spesimen telah direkodkan di seluruh dunia,” tambahnya lagi.

Pusat akuarium itu memberitahu saluran berita Fox News Digital bahawa penemuan spesies tersebut merupakan kali ke-32 yang pernah dilihat oleh manusia.

Penemuan ikan tersebut sebelum ini telah direkodkan di New Zealand, Jepun, Rusia, Hawaii, Ecuador, Chile, dan California. Namun, ini merupakan penemuan pertama di pantai negeri Oregon.

Dalam pada itu, Akuarium Seaside menyatakan bahawa pakar mereka tidak pasti faktor yang menyebabkan ikan tersebut terdampar di tepi pantai.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu kereta warna merah cepat luntur berbanding warna lain, ini sebabnya
“Bila support kedai Melayu, macam ni jadinya”- Lelaki dedah bengkel tak mahu tanggungjawab enjin ‘crack’ selepas hantar major service
Satu keluarga bercuti di Tasik Chini, sekali esoknya ‘resort’ bertukar jadi buruk dan usang?