Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran

Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran

Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Rina (bukan nama sebenar), seorang janda muda sudah setahun menyulam cinta dengan Shah (bukan nama sebenar), suami orang anak tiga.

Rina berkali-kali memujuk Shah untuk menghantar permohonan poligami di mahkamah dalam Malaysia tetapi alasan kekangan masa sering digunakan.

Sehinggalah Rina give up dan tinggalkan Shah. Tetapi kehebatan Shah dengan pengalaman seiring dengan usianya yang berbeza 22 tahun daripada Rina, akhirnya Rina akur.

Shah mengajak Rina kahwin di Songkhla, Thailand untuk menghalalkan hubungan mereka.

Janganlah kahwin dekat Thailand, jadikan kisah ini sebagai pengajaran

Isteri Shah? Terlalu sibuk untuk ambil tahu tentang suaminya memandangkan isterinya bekerja sebagai manager di aebuah syarikat construction di Klang. Walaupun tinggal serumah, tetapi tidak sebilik.

Akhirnya, Rina dan Shah selamat diijab kabulkan. Halallah hubungan mereka. Perkahwinan mereka tidak diketahui kedua-dua keluarga.

Suatu hari, Rina dan Shah ditangkap basah atas laporan jiran-jiran dan masa itulah terbongkar yang mereka sudah berkahwin.

Minggu yang sama juga, Rina disahkan mengandung… bermulalah realiti hidup Rina sebagai isteri gelap.

Beberapa kali naik turun mahkamah dengan kos cecah belasan ribu untuk mendaftarkan pernikahan di Malaysia.. sungguh tidak berbaloi.

Duit Rina habis begitu sahaja. Shah?

Lepas tangan kerana katanya tak perlu daftar. Kalau tak daftar, anak nak daftar macam mana kat Malaysia? Banyak yang difikirkan Rina dan dia usahakan sehabis baik sehinggalah berjaya didaftarkan di Malaysia.

Dalam keadaan itu juga, Rina ditinggalkan bersendirian setiap malam kerana Shah sibuk memujuk isterinya yang memfailkan penceraian di mahkamah…

Rina hanya mampu mengalah. Sudah adat berkongsi, tidak semuanya Rina mampu tanggung sendiri.

Walaupun bekerja dengan gaji yang selesa, tetapi Rina dambakan kasih sayang suami ketika mengandung..

Beberapa kali Rina terpaksa ke klinik bersendirian, dan kesakitan pada waktu malam kerana kandungan Rina mengalami masalah placenta previa dan perlu melahirkan secara pembedahan. Dugaan, dan Rina redha.

Sekali lagi Rina diuji kerana kerap diabaikan sang suami yang masih memujuk hati isteri pertama. Isteri pertama menarik balik tuntutan cerai kerana tiada alasan munasabah.

Rina akhirnya mengalah dan berpindah kerja ke sebuah negeri di Pulau Borneo, jauh dari semua orang bersama bayi berusia 3 bulan.. dan mulalah hidup Rina sebagai seorang isteri gelap dan jauh.

Shah? Lepas tangan. Baginya, bank in nafkah setiap bulan sudah memadai. Setahun hanyalah 2-3 kali datang bertemu Rina dan anak.

Rina masih bertahan dan meluangkan masa untuk terbang ke semenanjung bertemu dengan Shah, walaupun sekadar isteri check in hotel.

Keadaan berlarutan sehingga anak berusia 4 tahun, dan akhirnya Rina give up. Give up kerana sikap Shah yang acuh tidak acuh. Entah hilang ke mana janji-janjinya yang akan berlaku adil. Akan lah sangat…

Rina rujuk ke pejabat kaunseling, dan dirujuk ke psikiatri kerana mempunya simptom-simptom depresi. Sehinggalah Rina disahkan depresi,

Rina tahu yang “that’s it!”.

Rina memfailkan fasakh di mahkamah, dan Shah membalas dendam dengan memfailkan hadhanah. Bermulalah episod naik turun mahkamah lagi..

Lebih setahun.. kes masih belum selesai kerana Shah kerap menangguhkan kes. Rina pula? hanya mampu tabah dan bersabar.

Pengajarannya, janganlah kahwin di Thailand kerana itu hanyalah penyelesaian masalah secara short term. long term sangat pedih dan sangat costly.

If betul mampu nak jadi isteri kedua/ ketiga/ keempat sekalipun, pastikan kemampuan suami.

Pastikan suami dapat menjaga kemaslahatan rumah tangga dan isteri-isterinya. Check slip gaji dia, dan simpanan dia.. Demand everything important sebelum kahwin.

RED FLAG IS REAL! Kalau dah rasa tak sedap hati sebelum kahwin, istikharah lagi.. solat lagi.. minta lagi petunjuk.

Kisah Rina hanyala sebahagian dari kisah poligami di Thailand. Banyak lagi kisah duka dari songkhla berbanding kisah suka.

Akhir kata, ikut akal logik, bukan akal hati..

Baca Lagi:
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
Selalu bawa bekal nasi telur rebus, bos pelik perangai staff dia, padahal baru dapat gaji…
Ini cara betul simpan telur, yang penting jangan letak dalam peti sejuk
CATEGORIES