Jangan simpan ubat lama-lama, ibu cemas anak alami mulut bengkak, badan jadi gatal gara-gara tak perasan ubat dah expired

Photo of author

By Joe

Jangan simpan ubat lama-lama, ibu cemas anak alami mulut bengkak, badan jadi gatal gara-gara tak perasan ubat dah expired. Kalau kita jatuh sakit, kita perlu makan ubat tertentu supaya cepat sembuh

Namun, tidak dinafikan ubat-ubatan yang kita dapat daripada klinik atau farmasi tidak akan habis walaupun demam telah pulih. Oleh sebab itu, ramai yang menyimpan ubat-ubatan supaya boleh dimakan pada masa akan datang jika demam atau sakit.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ibu berkongsi situasi anaknya semakin parah kerana makan ubat expired telah mencuri tumpuan.

Jangan simpan ubat lama-lama, ibu cemas anak alami mulut bengkak, badan jadi gatal gara-gara tak perasan ubat dah expired

Anak sulungnya demam balik daripada sekolah, ibu pun menyuruh makan ubat paracetamol. Tak lama kemudian, anak sulungnya mengadu dada sakit macam nak muntah.

“Lepas tu dia jerit satu badan dia gatal. Saya masih ingat over reacted and just nak attention, so saya ignore. Tapi ampunkan mama.
“Bila saya tengok, mulut dah bengkak, muka penuh ruam. Dia lembik, tak larat dan terus tumbang” tulisnya.

Jangan simpan ubat lama-lama, ibu cemas anak alami mulut bengkak, badan jadi gatal gara-gara tak perasan ubat dah expired

Bila batuk keluar buih penuh dekat mulut, panggil juga tak sedar

Selepas kejadian itu, dia terus membawa anaknya ke bahagian emergency di hospital. Sampai saja hospital, kadar oksigen anaknya juga menurun. Mujur, anaknya sedar tak lama selepas itu.

Susulan daripada kes itu, dia menasihatkan orang ramai supaya membuang ubat yang telah expired dan jangan simpan.

Selain itu, berbaik juga dengan jiran kerana jiranlah yang banyak menolong keluarga mereka. Akhir sekali, ingat jalan untuk ke emergency hospital supaya tak terlambat.

Jangan simpan ubat lama-lama, ibu cemas anak alami mulut bengkak, badan jadi gatal gara-gara tak perasan ubat dah expired

Jangan simpan ubat lama-lama, ibu cemas anak alami mulut bengkak, badan jadi gatal gara-gara tak perasan ubat dah expired

“Takutnya, ubat-ubat anak kalau dah buka 5 hingga 6 bulan buang tong sampah. Anak demam beli saja di farmasi, nyawa lagi mahal” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 907K tontonan, 42K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen bersetuju dengan wanita itu.

Jangan simpan ubat lama-lama, ibu cemas anak alami mulut bengkak, badan jadi gatal gara-gara tak perasan ubat dah expired

Jangan simpan ubat lama-lama, ibu cemas anak alami mulut bengkak, badan jadi gatal gara-gara tak perasan ubat dah expired

Jangan simpan ubat lama-lama, ibu cemas anak alami mulut bengkak, badan jadi gatal gara-gara tak perasan ubat dah expired

Baca Lagi:
Cikgu Rosli jadi jutawan segera, menang cabutan BSN RM1 juta
4 individu dari Selangor, Sabah dan Sarawak jadi jutawan sekelip mata, menang jackpot RM51 juta
Aku tak sangka suami kawan aku adalah ex aku dahulu, bila datang rumah anak sulung aku seolah-olah tahu yang lelaki tu ayah kandungnya…”