Jangan sesekali duduk dalam kereta ketika isi minyak, ini sebabnya..

Photo of author

By Joe

Jangan sesekali duduk dalam kereta ketika isi minyak, ini sebabnya… Pelbagai ragam dapat dilihat ketika seseorang sedang mengisi minyak kereta. Ada yang memegang nozel seperti biasa dan ada juga yang meletakkan nozel pada penutup tangki minyak.

Namun, orang ramai dilarang masuk semula ke dalam kereta bagi mengelakkan kemungkinan kebakaran.

Bahaya Masuk Balik Kereta

Jangan sesekali duduk dalam kereta ketika isi minyak, ini sebabnya..

Video yang dimuat naik oleh @altimatautogarage di TikTok menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku hanya disebabkan oleh pemandu yang ingin berehat seketika di dalam kereta sementara menunggu tangki minyak diisi penuh.

Apabila masuk ke dalam kereta, geseran baju pemandu dengan tempat duduk boleh menyebabkan statik elektrik mengalir dalam tubuh badan.
Contohnya, jika anda memegang benda logam, anda mungkin akan merasakan kejutan elektrik kecil pada tangan. Fenomena ini dikenali sebagai pelepasan elektrostatik (electrostatic discharge).

Pegang Dulu Kereta

Selepas minyak petrol siap diisi dan pemandu mengangkat semula nozel, akan berlaku pelepasan elektrostatik (electrostatic discharge) yang boleh mengeluarkan percikan api. Jika percikan api tersebut terkena wap minyak petrol, ia berpotensi mengakibatkan kebakaran.

Sebab itulah di stesen minyak, sebelum mula mengisi minyak, disarankan untuk menyentuh kereta terlebih dahulu. Ini bertujuan supaya statik elektrik daripada kereta dapat dialirkan ke badan kita dan turun ke bumi melalui kaki.

Jangan sesekali duduk dalam kereta ketika isi minyak, ini sebabnya..

@altimatautogarage Awas!! Bahaya electrostatic discharge masa isi minyak!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircond #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #otomotifweekly #otomotifnet #bengkelmobil #bengkelindonesia #kereta #car #cars #carsoftiktok #carslover #carspotting #carscene #carshow #mobil #electrostatic #trending #viral #fyp ♬ original sound – Altimat Auto Garage

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman mereka ketika mengisi minyak di pam petrol.

Jangan sesekali duduk dalam kereta ketika isi minyak, ini sebabnya..

Ada juga yang mengaitkan info ini ketika memegang troli di pasar raya dan memegang pagar besi rumah.

Jangan sesekali duduk dalam kereta ketika isi minyak, ini sebabnya..

Jangan sesekali duduk dalam kereta ketika isi minyak, ini sebabnya..

Yang penting pegang dulu kereta kita…

Baca Lagi:
Perjuangan berakhir di saringan pertama, Ini sebab kenapa penyertaan AzizulHasni Awang dibatalkan
“Buka je media sosial, mesti ada iklan dia”- Lelaki ini jadi orang paling kaya di China
21 tahun lelaki ini makan nasi dalam air sejuk untuk jadi jutawan