Jangan pasang ‘wallpaper’ dalam tandas, boleh dapat penyakit!

Photo of author

By Joe

Jangan pasang ‘wallpaper’ dalam tandas, boleh dapat penyakit! Ramai yang mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan demi menceriakan tandas dengan tampalan kertas dinding bercorak.

Public Health Malaysia (PHM) mengingatkan orang ramai agar tidak menampal kertas dinding di dalam tandas kerana ia boleh mendedahkan pengguna kepada risiko penyakit.

“Memang cantik dinding dihiasi dengan kertas dinding. Jika dilihat di kumpulan ‘deko-deko’, ada juga yang menampal kertas dinding di dalam tandas.

Jangan pasang 'wallpaper' dalam tandas, boleh dapat penyakit!

“Namun, perkara ini sebenarnya tidak begitu sihat. Persekitaran lembab di dalam tandas meningkatkan risiko pertumbuhan kulat pada dinding, termasuk di belakang kertas dinding.
“Kulat ini membebaskan spora iaitu debu-debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi. Akibatnya, seseorang boleh mengalami batuk, selsema, tekak kering, mata berair, dan gatal-gatal pada kulit,” jelas PHM menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa yang sama, PHM turut menegaskan bahawa kertas dinding bukanlah barang perhiasan yang sesuai untuk tandas.

“Kertas dinding bukan untuk tandas,” tegasnya.

Baca Lagi:
“Sebak baca mesej pelanggan, orang yang nak disambut tak sudi datang, minta pengusaha habiskan kek”
Uncle Cina nyanyi lagu jiwang Melayu buat netizen terpukau
‘Terjunan padu dan kemas’- Netizen harap penerjun Sarawak boleh jadi wakil Malaysia kalahkan penerjun China