“Jangan minta kami ajar awak buat kuih, belajar sendiri” – Netizen begang Sajat bergelek separuh bogel sampai tak ingat dunia di kelab malam Sydney

Photo of author

By Joe

“Jangan minta kami ajar awak buat kuih, belajar sendiri” – Netizen begang Sajat bergelek separuh bogel sampai tak ingat dunia di kelab malam Sydney. Gara-gara berkongsi video menari seksi melampau di sebuah pusat hiburan di Sydney, akaun X usahawan, Sajat diserang netizen yang rata-rata berasa jelik melihat kelakuannya.

Bergaya separuh bogel hanya menutup bahagian dada dan punggung, Sajat atau nama lengkapnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zamanbergelek tak ingat dunia depan khalayak ramai di kelab tersebut.

“Berbanggalah dengan diri sendiri,” tulisnya dalam kapsyen berserta tanda pagar pondan cantik dan transpuan.

“Jangan minta kami ajar awak buat kuih, belajar sendiri" - Netizen begang Sajat bergelek separuh bogel sampai tak ingat dunia di kelab malam Sydney

Ramai yang kurang senang dengan perbuatan pensohor media sosial itu kerana sebelum ini dia pernah menangis mengenang nasibnya di Australia.

“Sajat, dulu awak cakap dah mula solat saya ingat awak akan insaf. Rupanya masih lagi sama,” kata netizen.

“Dalam TikTok berair mata sampai orang percaya sudah insaf tetapi di X bangga jadi pondan,” sindir pengikut lain.

“Jangan minta kami ajar awak buat kuih. Belajar sendiri,” ujar netizen yang kecewa dengan tindakan ahli perniagaan itu.

Dalam pada itu, anak jati Perak itu dilihat aktif membalas komen netizen yang mengecamnya.

“Saya tidak menari pun akan tetap memondan. Sekarang ini awak sakit matakah tengok saya menari atas meja?

“Berhenti buli saya selagi tidak mengganggu orang lain.

“Saya cuma kongsi apa yang saya mahu. Kenapa kamu semua suka menghakimi saya?,” katanya.

Sumber

Baca Lagi:
Wanita dakwa jurulatih taekwando cabul anak,buka seluar dan pegang kemaluan di tandas
Isteri sangat sopan terjah majlis kahwin suami dengan perempuan lain, siap ucap tahniah
“Aku janda anak satu kahwin dengan duda, lepas kahwin baru aku tahu perangai sebenar dia terhadap anak aku”