Jangan marah kalau nampak lori ini atas ‘highway’ ketika balik kampung. Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji pada tahun 2024 akan disambut pada 17 Jun 2024, yang jatuh pada hari Isnin. Ini bermakna ramai orang mungkin akan memulakan perjalanan mereka seawal Jumaat malam minggu sebelumnya atau pada puncaknya pada hari Sabtu dan Ahad.
Bagi pengguna lebuh raya, bersedia untuk melihat sekumpulan besar lori keselamatan yang mungkin bergerak perlahan melintasi laluan lebuh raya adalah penting.
PLUSRonda dan Kenderaan Keselamatan
Sebelum anda marah-marah, ini yang perlu anda tahu tentang sekumpulan lori yang dibawa perlahan di atas lebuhraya.
Lori ini dipanggil Safety Vehicle ataupun Kenderaan Keselamatan dan biasanya digunakan di lebuhraya kendalian PLUS.
Ia terdiri daripada beberapa lori yang akan mengisi laluan-laluan lebuhraya dan seterusnya memperlahankan aliran kenderaan dan seterusnya menghentikan aliran sekiranya perlu.
Objektifnya adalah bagi mewujudkan zon keselamatan bagi sebarang aktiviti pembaikkan dijalankan.
Apabila zon keselamatan berjaya diwujudkan. Aktiviti penyelenggaraan akan dijalankan. Apabila selesai, aliran kenderaan akan disambung semula.
Saksikan video ‘Safety Vehicle’, satu inisiatif keselamatan yg dilaksanakan di lebuhraya PLUS bg mempertingkatkan keselamatan utk pengguna dan juga para pekerja yg sdg bertugas di lebuh raya.
Terima kasih atas kesabaran anda sebagai pengguna lebuhraya PLUS.@LLMrasmi#PLUS_Safety pic.twitter.com/xbCj8Glcay— PLUS Malaysia Berhad (@plus2u) May 20, 2019
PLUS sebagai pengendali lebuhraya terbesar Malaysia
PLUS selaku pengendali lebuhraya terbesar di Malaysia termasuklah:
- North-South Expressway
- New Klang Valley Expressway
- Seremban-Port Dickson Highway
- North-South Expressway Centra Link
- Malaysia-Singapore Second Link
- Butterworth-Kulim Exrepssway
- Penang Bridge
Mereka telah merencanakan satu inisiatif keselamatan bagi menjaga kedua-dua pihak sama ada pengguna dan kakitangan penyelenggaraan. Hal ini kerana terdapat insiden apabila kakitanan PLUSRonda maut dirempih kenderaan ketika membersikan serpihan tayar daripada lebuh raya. Kejadian ini berlaku dalam bulan Februari 2019.
Kemudian dalam bulan Jun 2019, perjanjian tiga penjuru antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), dan UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) untuk menambah baik tahap keselamatan pengoperasian dan penyelenggaraan lebuh raya.
Salah satunya adalah penggunaan Impact Protection Vehicle (IPV) yang menjadi salah satu komponen dalam kumpulan Kenderaan Keselamatan.
Untuk maklumat anda, UEM Edgenta ialah kontraktor penyelenggaraan lebuhraya di bawah PLUS sehingga tahun 2038.
Kenderaan Keselamatan sebenarnya adalah salah satu komponen keselamatan yang ada dalam Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Trafik seawal 2016.
Jadi, sekarang anda dah tahu. Nanti jangan gelabah kalau anda jumpa sekumpulan lori dibawa perlahan di atas jalan raya. Kekal peka dan ikuti arahan kakitangan yang bertugas. Ia untuk keselesaan anda dan pengguna jalan raya yang lain.