“Jangan letak nama Harimau”- JPN kongsi panduan untuk ibu bapa beri nama pada bayi baru lahir

Photo of author

By Joe

“Jangan letak nama Harimau”- JPN kongsi panduan untuk ibu bapa beri nama pada bayi baru lahir. Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita, termasuk dalam pemberian nama kepada bayi yang baru lahir ke dunia ini. Nama yang baik juga merupakan doa untuk anak tersebut.

Namun, tidak dinafikan ada juga ibu bapa yang lebih berminat memberikan nama yang unik kepada anak mereka. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memastikan nama tersebut tidak menyusahkan anak-anak atau guru mereka untuk menulis dan menyebut nama tersebut apabila anak mula bersekolah nanti.

Oleh itu, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini telah berkongsi garis panduan kepada ibu bapa mengenai pemberian nama anak yang telah ditetapkan oleh mereka.

"Jangan letak nama Harimau"- JPN kongsi panduan untuk ibu bapa beri nama pada bayi baru lahir

Pihak JPN melalui Facebook telah memuat naik panduan tersebut sebagai rujukan untuk ibu bapa dalam memberi nama kepada anak dalam sijil lahir.

Ibu bapa tidak boleh menggunakan nama yang tidak mempunyai makna baik dalam Bahasa Melayu atau nama yang tidak sesuai seperti harimau, skibidi, dan sebagainya.

Selain itu, ibu bapa juga tidak dibenarkan meletakkan gelaran seperti Dato’, Tan Sri, Puan Sri, atau Haji pada nama bayi mereka.

Ibu bapa atau penjaga juga tidak boleh memilih nama yang ejaannya boleh mengelirukan atau terlalu fancy sehingga menyukarkan sebutan dan penulisan nama tersebut.

Ibu bapa perlu ingat bahawa had maksimum aksara nama pada sijil kelahiran ialah 80 aksara sahaja. Oleh itu, jika nama yang dipilih terlalu panjang dan melebihi 80 aksara, penjaga perlu memendekkan pilihan nama tersebut.

Baca Lagi:
Penggemar durian perlu ikut petua ini jika nak makan durian ‘free’
Netizen tak setuju dengan kenyataan terbaru penulis surat layang arwah Zulfarhan
Tengok dari jauh pun dah tahu, ini 7 tips pilih ikan segar yang ramai orang tak tahu