Jangan guna ‘Apps Kiblat’ di telefon bimbit untuk tentukan arah kiblat. Ada rakan-rakan anglers yang bertanya kenapa saya tak pakai apss kiblat di phone untuk tentukan arah kiblat? Kan lebih mudah?
Ada banyak situasi saya menunjukkan di depan mata mereka sendiri banyak kiblat mereka terpesong semasa solat apabila menggunakan apss kiblat. Lebih teruk lagi ada kiblat terpesong lebih dari 5 darjah. Banyak tu sebenarnya.
Sebab apa benda ni berlaku? Sebab apss kiblat memerlukan line internet untuk berfungsi dengan baik berbanding apss kompas yang dah memang built in dalam phone masing-masing tanpa memerlukan internet.
Bila kita bermusafir jauh dari line internet, sukar untuk kita nak dapatkan bacaan yang tepat kalau pakai apss kiblat. Banyak kali dah terkena sebelum ini.
Untuk pengetahuan korang 1 darjah terpesong nilainya sama dengan 122 km dari kedudukan Kaabah sebenar
Kaki pancing ni kita selalu bermusafir. Kadang kala kita berada jauh dari surau dan masjid. Solat tetap wajib kita kena laksanakan walau apa pun situasi.
Nak tengok matahari, tengok bintang bukan tak boleh, itu ilmu lain dan tak semua orang mahir. Kadang kala duduk di dalam hutan yang ada kanopi tebal di atas kepala, susah kita nak cari panduan lagi-lagi pada waktu malam.
Cara mudah dan lebih tepat yang saya cadangkan kepada kaki-kaki pancing atau outdoor adalah dengan menggunakan kompas sebenar di phone bukannya kompas di apss kiblat.
Arah di dalam darjah adalah 292 darjah. Ingat angka ni sampai mati !!! untuk anda yang nak solat di mana-mana sahaja kawasan di Malaysia. Kalau di luar negara atau anda terlupa, anda boleh gunakan apps kiblat untuk nak dapat bacaan nombor sahaja seperti di gambar 2.
Dah dapat bacaan degree seperti di gambar 2 tu, korang onkanlah apss kompas sebenar (gambar 1) dan carilah arah degree yang telah dinyatakan.
Untuk mereka yang lebih advance di dalam penggunaan kompas & anda ada kompas prismatik, gunakan 5191 mil / atau nak mudah 5190 mil sebagai arah rujukan ke Kaabah dari Malaysia.
Mencari arah kiblat setepat mungkin adalah tanggungjawab kita apabila nak menunaikan solat. Kita usahakanlah dengan cara yang terbaik. Sama ada solat kita diterima Allah atau tidak, itu bukan urusan kita. Buat sebaik mungkin adalah di dalam kawalan kita.
Saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak akan membantu anda semasa bermusafir dan semasa berada di outdoor serta lapangan memancing.