Jangan beli biskut yang banyak plastik, ini sebabnya

Photo of author

By Joe

Jangan beli biskut yang banyak plastik, ini sebabnya.Beberapa jenama biskut menggunakan plastik yang banyak untuk pembungkusan, sama ada di luar atau di dalam, oleh itu pengguna perlu bijak dalam memilih untuk memastikan kesannya kepada alam sekitar apabila dibuang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, beliau berkongsi kesedaran kepada orang ramai mengenai penggunaan plastik yang banyak oleh beberapa jenama biskut yang dijual di pasaran.

“Kita selalu marah pada plastik seperti ini (sambil menunjukkan beg plastik), tetapi adakah kita sedar bahawa apabila kita memakan beberapa jenama biskut, sebenarnya kita membayar banyak untuk plastik.

Jangan beli biskut yang banyak plastik, ini sebabnya

“Berikan saya satu contoh, ini adalah biskut jenama X dan jika kita perhatikan, biskut ini penuh dengan plastik, plastik di luar, plastik di dalam, dan lagi plastik. Kita beli di luar, kita dapat plastik, kemudian ketika kita membuka, masih lagi plastik dan bekasnya juga plastik.
“Biskut yang sebenarnya kita dapat hanya sedikit ini saja (sambil menunjukkan biskut yang telah dibuka). Yang banyak itu adalah plastik,” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Selain itu, Nik Nazmi juga memberi saranan dan nasihat kepada pengguna untuk memilih biskut dengan kaedah pembungkusan yang lebih sederhana.

“Bagaimana jika kita mencari biskut yang kurang menggunakan plastik. Ada biskut yang dibungkus dalam tin, ada yang boleh dimasukkan dalam bekas kedap udara di rumah, dan tidak banyak menggunakan beg plastik seperti yang kita lihat hari ini.

“Itulah pandangan saya dan pesanan kepada semua, kurangkan pengambilan makanan yang datang dengan pembungkusan yang tidak perlu. Bukan bermaksud kita tidak perlu pembungkusan, tetapi jika begitu banyak seperti ini, kita tahu ia tidak diperlukan,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan bahawa jika ingin membawa biskut sebagai bekalan di tempat kerja, ia boleh diletakkan dalam bekas kedap udara.

@niknazminikahmad Bayar untuk biskut atau untuk plastik? @NRESMalaysia ♬ original sound – Nik Nazmi

Baca Lagi:
Adi Putra maut jatuh gaung di Bukit Broga
Lelaki kongsi pengalaman yang memalukan, dah habis makan baru sedar itu bukan kedai
Patutlah on aircond tak sejuk, rupanya ini ‘horse power’ aircond yang betul ikut ruang