Jangan abaikan 3 nasihat kewangan ini kalau tidak mahu hidup kita merana pada usia 55 tahun. Bab kewangan, menyimpan duit masih ada lagi yang ambil sikap bertenang. Mungkin sekarang kita tidak nampak apa akan jadi untuk 10 tahun akan datang ataupun apabila anak-anak sudah semakin besar.
Seperti perkongsian Unit Manager, AIA Takaful, Nur Aliah Mohd Noor, sebaik-baiknya jangan abaikan tiga nasihat kewangan ini kalau tidak mahu hidup kita merana pada usia 55 tahun.
Daripada 13 juta pencarum KWSP, kajian menunjukkan hanya 7.4 peratus mempunyai baki simpanan lebih RM150,000 pada umur persaraan 55 tahun manakala 71 peratus kurang RM50,000 pada usia persaraan mereka.
Paling membimbangkan, separuh daripada ahli KWSP berumur 55 tahun ke atas berpotensi menghabiskan 90 peratus simpanan mereka dalam tempoh lima tahun selepas persaraan.
Sebab itu bermula daripada umur 25 hingga 40 tahun ini kita perlu buat persediaan.
#NasihatNo1 : Kira ‘Magic No Retirement Plan’
Kalau kita ada RM245,000 pada umur 55 tahun kita sepatutnya sudah cukup untuk keluarkan RM1,000 sebulan sehingga jangka hayat 75 tahun.
Sama ada ianya cukup atau tidak, ianya bergantung 100 peratus kepada cara hidup kita berdasarkan kos sara hidup dan bagaimana kita berbelanja.
Apa yang perlu dibuat :
1. Sediakan belanjawan untuk tahu berapa banyak perbelanjaan kita sekarang ini.
2. Kira perbelanjaan kasar tentang kos sara hidup selepas kita berhenti berkerja.
3. Berapa kita mampu mula menyimpan untuk kos sara hidup nanti.
Jangan lupa, perbelanjaan kita tidak semestinya berkurang selepas pencen, ada pesara yang suka pergi bercuti dan akan ada banyak perkara yang akan tingkatkan kos hidup mereka.
#NasihatNo2 : Bina porfolio persaraan
Seorang individu yang bijak dalam menguruskan kewangan adalah apabila mereka mula ada kesedaran awal tentang kepentingan perancangan dan pengurusan kewangan jangka panjang dan mula menyimpan dengan aktif serta mula membina porfolio persaraan lebih awal
Apa yang perlu dibuat :
Ada 3 faktor utama yang menyumbang kepada portfolio persaraan :
1. Simpanan peribadi 20 peratus
2. Pelaburan 20 peratus daripada simpanan
3. Pelaburan KWSP sehingga usia 54 tahun
Kalau kita masih belum mula menyimpan untuk bina portfolio persaraan, usia 30 tahun adalah masa yang sesuai untuk bermula.
#NasihatNo3 : Mulakan 5 langkah ini sekarang
1. Menyimpan dari sekarang untuk kumpul dana persaraan
2. Ingat simpanan semasa kita sekarang adalah untuk perbelanjaan masa depan kita
3. Makin banyak kita menyimpan, makin banyak yang boleh kita belanjakan pada hari kemudian
4. Guna formula ‘simpan dahulu, baru belanja’
5. Jadikan tabiat menyimpan banyak wang itu seronok dan ia adalah lebih baik daripada simpan wang yang sikit
Bila sudah banyak wang, tukarkan sikit ke dalam bentuk emas. Sebab simpan dalam bentuk emas ianya kalis inflasi, kenaikan harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang dan ianya instrumen terbaik dalam pelaburan.
Justeru itu, tidak kira berapa umur kita, terus tetapkan matlamat persaraan kita dari sekarang. Semoga bermanfaat.
Baca Lagi:
Potong barisan tunggu teksi, lelaki diludah mat saleh ‘atas muka’
Ini kisah sejarah Kicap Cap Kipas Udang yang korang selalu makan tu
Lans koperal tembak isteri mohon ziarah kubur isteri selepas didakwa, sekali ini jawapan Majistret