Jackpot ! Lelaki terkejut Mat Saleh beli Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune miliknya dengan harga RM8.8 juta
Jackpot ! Lelaki terkejut Mat Saleh beli Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune miliknya dengan harga RM8.8 juta.
Satu masa dahulu kereta-kereta dibuat untuk pasaran Jepun (Japanese Domestic Market/JDM) boleh didapatkan pada ‘harga mampu milik’. Bagaimanapun, sejak-sejak hari ini, harga sesebuah JDM boleh melonjak ratusan ribu sehingga jutaan ringgit bergantung pada model dan keadannya.
Terbaharu, peminat-peminat model ‘supercar-killer from Japan‘ terkejut apabila mengetahui seorang pengumpul kereta eksotik Amerika Syarikat telah membeli sebuah Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune dari Thailand pada harga USD1.98 juta (~RM8.8 juta).
Pembelian tersebut pernah diumumkan menerusi Facebook GT-R Registry pada bulan Januari lalu, bagaimanapun waktu itu nilai jualan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak tidak didedahkan.
A US buyer paid $1,985,000 for this Z-Tune from Thailand…McLaren P1 money and spare change for an SVJ😳 pic.twitter.com/1kbOG7V5se
— Earl Karanja (@Earlsimxx) August 16, 2022
Bagaimanapun, beberapa hari lalu seorang pengguna Facebook dari Thailand, พิเศษพล สุนิธิ telah memuat naik beberapa keping gambar kereta JDM yang dipercayai masih berada di rumah pemilik asal sebelum diterbangkan ke Amerika Syarikat.
“Ia berharga 70 juta Baht (~RM8.8 juta). Tahniah diucapkan kepada pemilik baharu dari luar negara Amerika Syarikat,” petik hantaran พิเศษพล สุนิธิ.
Perkongsian hantaran Facebook itu telah mendapat perhatian warganet dari seluruh dunia. Rata-rata ramai terkejut dengan nilai belian itu, ditambah pula walaupun kereta tersebut hampir berusia 20 tahun, kereta JDM tersebut kelihatan masih dalam keadaan baik dari segi luaran mahupun dalaman, serta mengekalkan keaslinya.
There goes my dream of ever owning one of these https://t.co/yXVebvoxcq
— Ishraq (@Just_Here_Innit) August 17, 2022
holy fuck, i mean, it’s a Z-Tune but still. Then again, I’ve seen R32s going for $50k+ now-a-days so makes sense. https://t.co/B3UlsJbiSU
— Lizbit (@Lizbit27) August 17, 2022
I get it 🥹 (if I had bucketloads of casho) https://t.co/cdkxgjDqbz
— H-zin Isgebengu (@Hlumelo_14) August 16, 2022
Setakat artikel ini ditulis hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 14,000 kali share dan 1,300 komen.
Menurut laman GT-R Registry, model R34 Nismo Z-Tune hanya dihasilkan dalam kuantiti terhad, sekitar kurang 20 unit sahaja untuk seluruh pasaran dunia bersempena ulang tahun ke-20 NISMO.
Beberapa perkongsian pengguna internet memaklumkan bahawa terdapat dua unit model asli di Thailand dan kini hanya tinggal sebuah sahaja. Model kereta yang dijual ini turut hadir dengan ‘beg bimbit carbon fiber‘ yang menyimpan dokumen-dokumen berkaitan kereta berkenaan.
Nampaknya model-model kereta keluaran 90-an sudah menjadi satu ‘pelaburan baharu’ atau ’emas baharu’ pada hari ini. Jika satu masa dahulu harganya cuma puluhan atau ratusan ribu ringgit, namun kini nilainya boleh terus melonjak sehingga mencecah jutaan ringgit.
Untuk makluman, harga asal untuk sebuah R34 Nismo Z-Tune pada tahun 2003-2004 sekitar ¥17,450,000 (RM579,961) sahaja.
Baca Lagi:
Kes Najib : Lelaki ugut ketua Hakim Negara ditahan
Suami Datuk Zahida ketua Puteri UMNO meninggal dunia