Jakarta bakal tenggelam?, penduduk kongsi paras air laut makin tinggi

Jakarta bakal tenggelam?, penduduk kongsi paras air laut makin tinggi

Jakarta bakal tenggelam?, penduduk kongsi paras air laut makin tinggi. Baru-baru ini, beberapa klip video menjadi tular dan trending di media sosial apabila memperlihat situasi paras air laut di Jakarta yang semakin membimbangkan.

Salah satunya melalui video milik pengguna TikTok (@akuajaibbb) yang menunjukkan paras air laut sudah melepasi separuh daripada ketinggian tembok bertujuan menahan air laut daripada melimpah ke bahagian daratan..

@akuajaibbb♬ suara asli – akuajaibbb🌊

Katanya lagi, situasi yang berlaku amat membimbangkan kerana jika paras air laut meningkat lagi, makan tekanan air laut juga turut meningkat dan tembok sedia ada berkemungkinan tidak berupaya menampung tekanan tersebut, lebih-lebih lagi jika keadaan lautan sedang bergelora atau terdapat gegaran pada dasar laut.

@rizalmaulana067 emang bener ya? #jakartatenggelam2030 ♬ Yasir Lana – Ai Khodijah

Isu ini bukan perkara baharu

Jakarta bakal tenggelam?, penduduk kongsi paras air laut makin tinggi

Berdasarkan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, beliau mengatakan bandar Jakarta kini menghadapi ancaman untuk ditenggelami air berikutan impak perubahan iklim yang semakin merisaukan.

“…Apa yang terjadi di Indonesia jika dalam 10 tahun lagi, mereka mungkin terpaksa memindahkan ibu negaranya kerana ia sudah berada di bawah paras laut?”

Bukan itu sahaja, sebuah syarikat pembekal air minuman di Jakarta, PAM Jaya turut menganggarkan bahawa 90 peratus daripada wilayah Jakarta akan tenggelam pada 2050, khususnya di bahagian utara.

Ini disokong dengan perkongsian daripada sebuah video TikTok (@narasi), yang mana video tersebut menunjukkan beberapa kawasan yang dahulunya berada di atas paras laut, kini ditenggelami air.

@narasi Jakarta diprediksi tenggelam pada 2050. Hampir sebagian wilayahnya diprediksi akan terendam air laut. #Narasi #BukaMata ♬ original sound – Narasi

Perubahan ini juga telah menyebabkan beberapa kawasan telah berubah nama seperti Kampung Teko telah ditukar menjadi kampung Apung, selepas kawasan tersebut ditenggelami air dan menjadi sebuah perkampungan atas air.

Lebih merisaukan apabila tanda-tanda paras air laut di Jakarta semakin kritikal sudahpun jelas kelihatan sejak beberapa dekad lalu. Ini dibuktikan dengan Masjid Walaluduna yang kini sudah ditenggelami air secara sepenuhnya.

Untuk makluman, masjid tersebut telah menerima pengunjung terakhirnya sekitar 2001, iaitu ketika ia masih berada di atas daratan. Kini, masjid tersebut tidak dapat digunakan lagi.

Tindakan daripada pihak pemerintah

Menurut CNBC Indonesia, ramalan ini pun akhirnya telah mendapatkan maklum balas daripada beberepa pihak termasuklah, Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria.

Menurut beliau, pihaknya sudah melakukan beberapa perkara untuk mengatasi masalah ini seperti membasmi unsur-unsur eksploitasi air bawah tanah daripada pelbagai sektor.

@samjaridane #kata ♬ suara asli – samjaridane – jairidan

Selain itu, Ahmad Riza Patria turut menyebut mengenai pemindahan ibu kota ke Kalimantan Timur sebagai salah satu inisiatif bagi mengurangkan kadar pemendapan tanah.

Tambahnya, pemindahan ibu kota juga bakan mengurangkan jumlah penduduk yang bermukim di Jakarta.

Dalam satu laporan lain, portal Kompas.com berkata ibu kota Republik Indonesia itu diramal tenggelam seawal 2030. Menerusi laporan Merdeka.com pula, walaupun kenaikkan paras laut menjadi salah satu penyebab, namun punca utama fenomena tersebut adalah disebabkan tanah di Jakarta semakin mendap, disebabkan penggunaan air bawah tanah yang diambil secara berlebihan.

@helmiwicaks Jakarta Tenggelam 2030‼ SIAP atau TIDAK⁉️ #jakarta #jakartatenggelam #foryoupage ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Baca Lagi:
Mesyuarat MKT Umno putuskan pecat 3 pemimpin
Peta tahun 1550 ini bukti kehebatan Kesultanan Melayu Melaka
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
CATEGORIES