Jadi tanda tanya kenapa pelancong China pilih bangunan Maybank untuk bergambar?

Photo of author

By Joe

Jadi tanda tanya kenapa pelancong China pilih bangunan Maybank untuk bergambar? Jika di Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas menjadi tempat tumpuan utama untuk bergambar, siapa sangka bangunan Maybank yang terletak di Sabah kini mula menarik perhatian pelancong.

Baru-baru ini, sebuah bangunan Maybank di Kota Kinabalu, Sabah dilaporkan semakin popular sebagai lokasi bergambar di kalangan pelancong dari China.

Bangunan Maybank itu dikatakan sedang dalam proses pengubahsuaian, sehingga tiada aktiviti atau pergerakan manusia, menjadikannya lebih estetik untuk bergambar.

Jadi tanda tanya kenapa pelancong China pilih bangunan Maybank untuk bergambar?

Kini, menjadi perkara wajib bagi mereka yang datang ke sini untuk bergambar di hadapan bangunan Maybank. Warga tempatan juga teruja melihat betapa cantiknya gambar-gambar yang dipamerkan oleh pelancong-pelancong tersebut.

Namun, timbul persoalan dalam kalangan warganet mengapa bangunan Maybank tersebut menjadi tempat kegemaran untuk bergambar walhal ia bukanlah sebuah lokasi bersejarah atau istimewa di kalangan warga setempat.
Sebahagian netizen berpendapat bangunan Maybank ini mungkin digunakan sebagai bukti bahawa mereka berada di Malaysia kerana kewujudan bangunan ini hanya terdapat di sini.

Bagi peminat fotografi, mungkin tempat ini mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya tumpuan utama.

Apa pun, negara kita amat menyambut kedatangan pelancong kerana ia dapat merancakkan ekonomi negara dan juga meningkatkan pendapatan warga tempatan.

Baca Lagi:
Instagram pemain berbasikal Perancis teruk diserang dengan netizen Malaysia
“Bilik kegemaran saya”- Datuk Seri Vida kongsi ‘room tour’ hotel berharga satu malam RM30,000
Rakyat Malaysia di Jepun diarah siap sedia hadapi gempa bumi mega