Jadi anak yatim piatu sekelip mata, nenek datang tuntut hak dia, pakcik kebas semua duit insurans kemalangan mak dan ayah

Jadi anak yatim piatu sekelip mata, nenek datang tuntut hak dia, pakcik kebas semua duit insurans kemalangan mak dan ayah

Jadi anak yatim piatu sekelip mata, nenek datang tuntut hak dia, pakcik kebas semua duit insurans kemalangan mak dan ayah. Foto sekadar hiasan. Semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Ini cerita kisah hidupku. Kisah yang penuh onak dan duri. Dugaan bagiku, doakan aku semoga aku kuat untuk menghadapi masa masa akan datang. Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas. Sekelip mata aku menjadi yatim piatu. Aku telah kehilangan kedua ibu bapaku termasuk abang aku sekaligus pada bulan puasa akibat kemalangan jalan raya.

Waktu tu tinggal lebih kurang 2 minggu sebelum menyambut hari raya. Jntung aku seolah olah berhenti seketika ketika menerima khabar berita itu. Betapa sedihnya aku yang tak dapat diungkap dengan kata kata.

Tinggallah kami 4 adik beradik, aku yang ke-3 dan seorang adikku. Kakak aku yang sulung baru berusia 20 tahun, manakala kami 3 beradik masih bersekolah. Yang paling sedih umur adikku yang bongsu baru berusia 7 tahun.

Jadi anak yatim piatu sekelip mata, nenek datang tuntut hak dia, pakcik kebas semua duit insurans kemalangan mak dan ayah

Ketika kejadian, adik dan juga 2 orang abangku turut mengikut ibu bapaku untuk pergi ziarah saudara mara di Pahang. Ibuku sempat membeli barang barang untuk persiapan raya kami semua.

Hanya aku dan kakakku sahaja yang tidak mengikut mereka untuk pergi kesana. Entahlah, masa tu memang hati tak tergerak untuk pergi.

Sebelum ibuku berangkat ke sana, ibuku ada mengajak aku dan kakakku untuk ikut sekali tapi aku hanya katakan tak nak.

Ibuku sempat bercakap padaku sebelum pergi mungkin kerana dia melihat aku termenung dan sedih ketika itu. Aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiranku ketika itu.

Ibuku menyoalku “kenapa taknak mak pergi ke?”. Aku hanya diam, dan ibuku berpesan padaku, “duduk baik-baik ye”.

Sungguh aku ingat sampai sekarang itulah pesanan terakhir dari ibuku seolah olah dia tahu dia akan pergi buat selamanya

Tetapi sudah takdir, mereka terlibat dalam kemalangan semasa ingin pulang ke rumah. Adikku cedera parah hingga dimasukkan di 1CU, kakinya ptah dan tulang retak.

Allah, tak sanggup aku melihat adikku yang sekecil itu menanggung kesakitan sorang diri. Abangku terselamat dan mengalami cedera ringan.

Pada malamnya, jnazah kedua ibu bapaku dan abangku dibawa pulang ke rumah. Aku teramat sedih melihat ketiga tiga jnazah diruang tamu rumahku.

Abang dan adikku masih di hspital, jadi mereka tidak sempat menatap dan menc1um mereka buat kali terakhir.

Selepas beberapa hari mereka telah dikebumikan, abang aku telah keluar dari hspital dan pulang ke rumah.

Ketika sampai dirumah, aku sangat sebak melihatnya kerana dia seolah olah mencari ibu ayah dan abang di setiap sudut rumah tetapi tidak kelihatan.

Aku dapat melihat mukanya yang hampa seolah olah dapat mengagak mereka sudah tiada lagi.

Selepas itu, pakcikku memanggilnya dan memberitahu bahawa kedua ibu ayah dan abang sudah tiada.

Dia hanya diam tanpa mengeluarkan airmata tetapi aku dapat membaca pada air mukanya yang dia begitu sedih.

Sejak pada itu, dia tidak banyak bercakap, lebih kepada diamkan diri.

Kami adik beradik struggle untuk meneruskan kehidupan, tak ada siapa pun yang ambil tahu sedangkan pakcik pakcik saudara ramai yang tinggal sekampung, hanya nenek saudara yang betul betul mengambil berat tentang kami.

Dia selalu datang kerumah kami. Kadang kadang bawakan makanan walaupun dia sendiri sudah tua tapi alhamdulillah masih kuat.

Untuk pengetahuan semua, kami masih ada seorang nenek belah aruwah ayah. Tapi dia langsung tidak ambil tahu pasal kami kerana dia memang dari awal tak suka kami kerana aruwah ayah kahwin dengan menantu bukan pilihannya.

Jadi, dia pun memang tak suka aruwah ibu. Itu aku tidak kisah sebab dah terbiasa.

Tetapi yang membuat aku sedih ialah selepas seminggu dua kami kehilangan ibu bapaku, dia datang kerumah kami untuk menuntut hak dia katanya.
Sanggup dia datang jalan kaki pakai tongkat sebab dah berumur dah tak larat nak berjalan. Tapi dia gagahkan jugak datang semata mata untuk menuntut hak dia.

Kami bukan orang senang, kami orang susah dan tak ada harta benda yang ditinggalkan kepada kami. Kedua ibu bapaku hanya kerja kampung yang gajinya hanya ratus ratus sahaja.

Malah, rumah yang kami tinggal sekarang pun bukanlah rumah sendiri. Tetap kena bayar sewa walaupun ibu bapaku telah tiada.

Bayangkan kami adik beradik hidup macam mana selepas ketiadaan ibu bapa. Tambah pula dia datang untuk menuntut hak.

Aku hanya mampu berdiam diri. Kakakku sebagai anak sulung bersuara kepada nenekku,

“Nek, kami pun hidup sebatang kara tidak ada tinggalan harta dan wang ringgit. Jadi kalau nenek nak ambil barang barang dalam rumah ni, nenek ambillah sebab kalau nak minta duit, memang kami tak ada”.

Sungguh aku tak sangka melihat kelakuan nenekku. Dia terus bangun dan berjalan jalan dalam rumahku melihat barang apa yang dia mahu ambil.

Setelah itu, dia bersuara “aku nak mesin jahit ni, kuali besar ni”. Ada 1 kuali besar dirumahku untuk tujuan kenduri kendara, aku tak kisah, ambillah.

Tapi, yang membuat aku sedih ialah dia mahukan mesin jahit kami. Mesin jahit tu ibuku yang membelinya dengan titik peluh dia sendiri untuk kakakku dan ia menjadi sumber pendapatan kami adik beradik kerana kakakku tukang jahit.

Tergamaknya dia mahu ambil sedangkan dia tahu kakakku menjahit untuk mencari rezeki.

Sempat lagi dia berkata mahu berikan mesin jahit kepada cucunya kerana cucunya itu sedang belajar menjahit sekarang.

Nanti da habis belajar, bolehlah dia pakai mesin jahit tu untuk mengambil tempahan tempahan baju.

Cucu yang dimaksudkan tu ialah cucu kesayangannya yang tinggal bersamanya. Kami terpaksa akur dengan kehendaknya.

Selepas pada itu, aku dan kakakku cuba belajar membuat kek untuk mencari pendapatan. Kami belajar hanya di Go0gle dan Facebo0k.

Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu. Aku juga menjadi agent menjual tudung. Aku sedaya upaya mencari side income demi perbelanjaan kami.

Itu belum masuk lagi part pakcikku yang kami panggil paklang.

Sepatutnya kami adik beradik dapat claim duit insurans kereta kerana kem4langan. Tetapi dia lagi laju bertindak.

Duit yang sepatutnya menjadi hak kami adik beradik telah diambil olehnya tanpa pengetahuan kami.

Tak apa, makanlah harta anak anak yatim piatu seperti kami. Mungkin terlepas didunia tapi bukan diakhirat kelak.

Macam macam rintangan yang kami lalui, bukan senang menjadi anak yatim piatu sekelip mata berubah.

Kehilangan yang begitu menyakitkan, rindu yang tiada penghujungnya hanya Tuhan yang tahu sampai sekarang.

Apabila orang disekelilingku bertanya tentang ibu bapaku bagi yang tidak tahu, aku hanya mampu diam.

Tidak pernah sekalipun aku memberitahu tentang ibu bapaku yang mereka sudah tiada… Kerana aku sungguh tak kuat dan tak mampu untuk bercerita.

Setiap kali aku teringatkan mereka, air mataku deras mengalir. Ap4tah lagi mahu bersuara sungguh aku tak kuat. Jadi, aku mohon doakan semoga aku terus kuat dan kuat.

Semoga jasa baik dan doa doa korang berbalik kepada kalian. Semoga Allah saja dapat membalasnya. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hatiku.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, antara respon warganet

Tun Suzana, Jgn risau dik.. Allah ada utk awk adik bradik.. Utk siapa2 yg mkn harta anak yatim mmg xkn slamat di dunia maupun di akhirat.. Akak doakan smoga kalian brjaya dlm hdup…

SZ Noraini, Terus kuat ye adik semua. Allah sentiasa ada bersama. Haram makan harta anak² yatim. Tak akan selamat mereka dunia dan akhirat.

Semoga adik² semua membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh, berjaya di dunia dan di akhirat kelak..Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Azura Hana, Sedeh kesah ank yatim piatu sekelip mata…sampai nya hati nenek dn pklang buar mcm tu .x selamat hidup diaorg di dunia ni ..di akhirat nnt terimalah balasan nya . Sabar la ank2 .mkcik doakan kelian dimurahkan razeki..diberikan kesihatan yg baik.

Roha Adrina, Innalillah…moga Allah tempatkan arwh ibu ayah dan abg awak bsama orang2 yg beriman dan beramal soleh….kuat kan semangat…jgn tinggal solat… awak masih muda dan masih byk peluang perkerjaan…cari laa yg sesuai…pasal nenek dan pakcik awak tuu… biarkan lahh…biar Allah yg mbalas nya.

Aida Qaleisha, Saya yg baca pun mengalir air mata sebak. Ap4tah lagi tt yg menahan sebuah kerinduan yg tak bertepi. La tahzan, innama ana. Jgn bersedih, Allah bersamamu. Damailah dgn takdir. Redha dan teruskan perjuangan. Dunia adalah hamparan utk mencari syurga yg hakiki… Hasbunallah huwanikmal wakkil.

Nur Umairah, Allah hu Akbar..berat dugaan awk wahai ank.. semoga awk n adk bradk awk kuat n tabah dgn dugaan ni.. insyaAllah pasti ada hikmahnye.. Allah x kn uji kita di luar kemampuan kita.. tentang saudara mara tu jgn di layan sgt..ada balasan org yg aniaya ank2 yatim piatu..

jga hubungan adk bradk..pengalaman yg perit kdng2 mnjdi kn hubungan adk bradk kita lbh akrab..jga hubungan kita dgn Allah dan jga hubungan silaturrahim.. insyaAllah kamu akn berjaya dunia akhirat.

Nur Eika, Al fatihah buat kdua org tua adk..semoga adik terus tabah ya,allah syg adik ujian begitu berat buat adik,allah kan gantikan dengan kebhagiaan,rezki berpanjangan..Truskan berdoa..semoga yg berlaku zalim dpt balasan yg setimpal dunia dan akhirat.

Fatin Izyan, Tabah lah wahai adik².. semoga Allah permudahkan urusan adik dan adik beradik yang lain.. moga hidup adik di penuhi keberkahan dan sentiasa di murahkan rezeki oleh Allah..

Adik mesti kuat.. sebab tanpa kekuatan kita tak mampu bangkit lagi untuk meneruskan kehidupan.. ambil lah peluang ini untuk menjaga adik² yang lain sebaik mungkin.. Insyaallah,semoga adik sentiasa sihat bersama adik beradik yang lain.

Nur Qisya, Aku faham perasaan kamu anak, karena aku pun anak yatim piatu juga sejak kecil ditinggalkan ibu walaupun tak berharta hidup susah tapi alhamdulillah family semua kaya kasih sayang..

semoga kamu sabar dan jangan berpisah kamu adik beradik ye.. semoga kamu semua sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah serta murah rezeki Aamiin in Sha Allah.

Baca Lagi:
Scammer jual PS5 harga bawah RM200, netizen terhibur baca mesej WhatsApp
Pekerja kurier mahu wanita hormat dia sebagai lelaki, ramai yang berkemban, pakai boxer semasa ambil barang
Tanding PRN Selangor, ditawar jadi MB jika menang
CATEGORIES