Isu tarik rambut atas pentas, Diva AA saman malu Aliff Syukri RM100 juta!

Isu tarik rambut atas pentas, Diva AA saman malu Aliff Syukri RM100 juta!

Isu tarik rambut atas pentas, Diva AA saman malu Aliff Syukri RM100 juta! Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan usahawan sensasi Aliff Syukri telah menarik rambut pengacara kontroversi Azwan Ali di atas pentas dalam sebuah program di Singapura.

Kejadian tersebut telah mendapat kecaman netizen kerana sudah muak dengan gelagat dua individu tersebut kerana sering memuat naik isu untuk content semata-mata.

Terbaharu, Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA dilihat memuat naik beberapa hantaran video menyatakan dirinya tidak menerima permohonan maaf usahawan terbabit.

Isu tarik rambut atas pentas, Diva AA saman malu Aliff Syukri RM100 juta!

Kali ini kita akan all out saman malu kejadian menimpa Diva AA dan Datuk Aliff Syukri di persembahan yang berlangsung di Star Teater, Singapura pada 3 November lalu,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat bertolak ansur atas tragedi menimpanya pada kali ini kerana mahu memberi pengajaran kepada selebriti di luar sana yang selama ini mengkritik dirinya.

“Diva tak boleh bertolak ansur kali ini. Memang permohonan maaf telah dibuat di atas pentas selepas beberapa saat kejadian tarik ramubut itu.

“Tetapi, selepas perbincangan dibuat dengan peguam, permohonan maaf tersebut tak boleh diterima pakai,” ujarnya.

Menerusi video berasingan, Diva AA berpendapat tindakan yang dilakukan Aliff itu sungguh memalukan dirinya memandangkan kejadian tersebut berlaku di hadapan khalayak ramai.

@shuksahar #fyp #fypシ #viralvideo #viral #singapore ♬ original sound – shuksahar

“Lantak koranglah kalau ingat berlakon ke apa ke kan? Saya tetap akan saman sebab dah viral video dia tarik rambut saya,” katanya.

Terdahulu, Aliff Syukri mendakwa bahawa pengacara itu yang mulakan terlebih dahulu dan dia tidak akan bertindak sedemikian jika Diva AA tidak mengacau kehidupannya.

Baca Lagi:
Ini sebab kenapa Masjid Al-Aqsa dan Palestin perlu dipertahankan oleh umat Islam
Netizen dedah Fazura masuk kelab malam di Indonesia, ini jawapan tuan badan
Alif Syukri gaduh besar dengan Diva AA, hampir ‘naik tangan’ kerana tarik rambut
CATEGORIES