Isu Ebit Lew dan PU Azman, Safiey Illias bagi pesanan padu buat netizen. Semua sedia maklum, sekarang ini hangat diperkatakan mengenai kes yang melibatkan Ebit Lew dan juga PU Azman.
Didakwa Atas Beberapa Pertuduhan
Menurut Astro Awani, Ebit Lew pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di Tenom.
Manakala PU Azman yang lebih dikenali sebagai Cik Man, dituduh atas pertuduhan ke-11 dan 12, di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis, melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, lima tahun lalu.
Safiey Merasa Sedih
Atas kejadian dan dakwaan tersebut, ramai pihak dan netizen yang menyuarakan pandangan mengenai kes ini, malah ada juga segelintir yang mula memberikan kata-kata kesat dan tidak manis kepada kedua-duanya.
Melihat di Instagram, Safiey Illias turut menyuarakan pendapatnya mengenai isu tersebut. Tulisnya, dia merasa sedih apabila membaca komen-komen dari netizen yang mula memberikan kutukan terhadap kedua-dua individu tersebut.
Jelasnya, selagi hakim tidak membuat keputusan seseorang itu bersalah, maka seseorang itu masih belum dibuktikan bersalah, cuma dituduh sahaja.
Jasa Yang Dilupakan
Safiey juga turut rasa terkilan kerana disebabkan satu isu yang sedemikian, kedua-dua ikon ini yang banyak membantu, membuat kebaikan dan menderma terus dijatuhkan hukum dan dilupakan jasa mereka yang banyak sebelum ini kepada netizen.
Perkongsian Safiey tersebyt mendapat pelbagai reaksi positif dari pengguna Instagram. Ramai yang bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Safiey tersebut.
Akhir penulisan, Safiey berpesan kepada semua untuk lebih baik berdiam daripada berkongsikan perkara-perkara yang berbaur fitnah.