Isteri tuntut nafkah anak RM10 sehari darab dengan 13 tahun. Aku dah isi borang tuntutan nafkah isteri dan anak. Aku nak buat tuntutan. Tinggal nak submit jer.
Bagi korang yang tak tahu dan teragak-agak hak masing-masing. Meh sini aku nak share, semasa dalam perkahwinan kita sebagai isteri boleh menuntut nafkah diri, nafkah anak kalau suami culas tak bagi nafkah sebab itu adalah tanggungjawab suami.
Selama ni aku bertolak ansur tapi kejian yang aku dapat,
Maka aku buat keputusan nak tuntut hak aku dengan cara yang betul sebab aku dah minta secara lisan dan damai tapi permintaan aku tidak dilayan, ditolak atas alasan aku bekerja dan ada pendapatan sendiri dan kenapa nak ungkit-ungkit??
Biar mahkamah syariah yang putuskan layak ke tak layak aku terima nafkah diri. Jangan kata aku nak aibkan suami ke apa. Aku pun tak kejam, minggu ni aku dah bawa mak ayah aku ngadap keluarga mentua.
Jap lagi aku citer, what happen. Kalau mereka tak comply permintaan aku, biar tuan hakim yang bijaksana je sekolahkan mereka. Aku akan buat pemfailan tuntutan secara rasmi. That’s part of the deal!
Aku pun tak kejam sangat. Melalui ayah aku, aku tuntut suami bayar segala tunggakan dan belanja yang aku keluarkan untuk anak sekali, kalau dia tak mampu nak bayar lump sum bayar ansuran bulanan tanpa gagal, potong gaji je la.
Kalau dia sengkek maka tanggungjawab bersama bapak dan adik beradik lelaki dia untuk lunaskan. Aku bagi tempoh masa. Aku ni dah terbiasa rekod dalam diari yang gomen bagi tiap tahun perbelanjaan diri aku.
Berapa aku belanja untuk keperluan rumah tangga, berapa aku bagi suami hutang. Berapa belanja diri aku. Sebab mak ayah aku dah ajar rekod every single thing belanja aku. Nampak macam simple, tapi kesannya besar.
Jangan ingat lepas cerai jer boleh tuntut nafkah anak ye. Ala yang aku tuntut ni kira pejam mata jer tau, aku tuntut RM10 sehari korang darabkan dengan tempoh 13 tahun. Ini untuk tunggakan nafkah aku.
Anak punya aku kira belanja keperluan anak sejak lahir, pampers, susu, pakaian, belanja taska, tadika, belanja sekolah, yuran pibg semua aku listkan.
Kalau suami ada toleransi, behave aku boleh consider untuk bahagi dua. Kalau memasing poyo aku up sehari nafkah aku jd rm30. Niat aku dapat duit ni nanti nak bawa suami pi umrah. Aku belanja dia. 😉
Kalau dah dapat perintah mahkamah sok, dia tak comply aku sanggup failkan permohonan komital. Aku sanggup tanggung kos belanja dia ke penjara.
Tapi boleh jer minta perintah mahkamah cara pembayaran potong gaji, lagi senang. Aku malas dah nak baik-baik dah. Aku buat baik pun dibalas tuba.
So baik jadi baik tapi berpada-pada . Aku cakap terang-terang selama ni pun orang main-mainkan aku. Ni aku cakap guna spotlight terus.
Malas dah nak fikir apa orang nak kata. Sebab selama ni mereka dok harass aku, aku sabar jer dah makan tahun. Sabar, sabar,sabar last sekali dipijak-pijak maruah kita.
Buat masa ni sabar dah takde dalam kamus hidup aku. Aku nak secure diri aku dan anak daripada manusia yang toksik. Katalah aku isteri derhaka ke apa, malulah sikit siapa yang derhaka kat sini???
Korang gi check kat mahkamah syariah tempat korang macam mana nak buat tuntutan. Pihak berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri, so takkan sama dengan negeri lain. Adalah slightly different.
Boleh juga dapatkan khidmat nasihat melalui Jabatan Bantuan Guaman kat kawasan korang, silalah google. Ada bayaran untuk khidmat nasihat, tak silap RM10. Kalau layak boleh dapatkan khidmat JBG untuk wakilkan diri kita.
Tanyalah pegawai berkenaan untuk keterangan lanjut. Kalau berat mulut masalah tak settle. Yang aku tahu, kalau pihak kita dah ada JBG wakilkan, pihak satu lagi tak leh guna khidmat JBG. Dalam kes aku, aku pi dapatkan khidmat nasihat sahaja.
Yang lain aku urus sendiri. Sebab gaji aku tak layak. Aku jenis tak bertangguh, kali ni aku nekad. Apa nak jadi, jadilah. Kalau suami dah tak nak kat aku sebab rasa aku melawan dia ke apa, silalah buat permohonan ke mahkamah.
Senang aku nak tuntut harta sepencarian plak lepas ni. Aku dah sampai level hati kering dah ni.
Sedar tak sedar sebenarnya dalam masyarakat kita ramai isteri yang dianiaya suami sendiri. Ya, dengan kerasnya aku keluarkan statement ini.
Seorang isteri ada hak untuk menuntut nafkah dalam tempoh perkahwinan. Ko kuat tak kuat ajelaa nak hadap. Sebab nak tengok muka dia hari-hari. Suami lawan la macam mana pun, perintah Allah ialah suami bagi nafkah kepada isteri ikut kemampuan diri dia.
Selama aku nikah ni, kalau nak balik kampung mak ayah aku, kena amek cuti. Takpun mak ayah aku datang ziarah aku anak beranak. Sebab mak ayah aku simple jer. Anak cucu tak dapat balik kampung takpe, biar mak ayah datang.
Benda jangan dibuat susah. Dan mak ayah aku yang rajin suruh aku bersabar sebelum ni. Siap pesan kalau balik kampung sana jangan menjawab, diam jer apa orang kata. Sebab tu aku kuat.
Kena perli dengan mak bapak sedara pun aku senyum jer. Puas lah zikir dalam hati. Tapi bila dengar benda tu keluar daripada mulut mentua, tu yang perkataan sabar terus lenyap dalam kamus hidup aku.
Mak ayah yang ajar aku, beli barang keperluan bila balik rumah mentua. Bawa buah tangan. Jangan ingat kita duduk hotel bila balik ramai-ramai tu. Iyalaa kesian mentua ni kerja kampung jer. Ziarah rumah adik beradik pun sama, jangan lenggang kangkung sangat.
Tetamu tak tetamu, takkan datang makan pas tu blah!!! Memang mak ayah dah pesan kat anak-anak. Bukan nak kata aku baik tapi sejak bujang pun memamg dah perangai macam tu, mak ayah dah ajar ada common sense.
Kalau aku tak dapat balik rumah mak ayah aku puncanya aku balik rumah mentua, aku order jer barang keperluan online hantar terus ke rumah. Mak ayah aku sakit, aku order grabcar anta ke hospital ke klinik.
Itu dah kira aku berkorban demi nak puaskan hati mentua, pun dikatanya aku memacam. Aku bukan kayu nak diam jer. Banyak benda aku korban.
Aku blah balik kampung mak ayah aku lepas kejadian tu tengah hari sabtu. Petang sabtu tu mak teh laki aku whatsapp cakap aku ni menantu kurang ajar, menantu tak tahu malu.
Maknanya apa??? Mereka dan keluarga mereka dah membawang aku. So aku memang koyak!Korang tau aku buat apa????
Aku share kat whatsapp family laki aku, aku share kat whatsapp mak teh yang conversation dia anak beranak mengumpat aku siang tadi.
Siap ada bunyi ayam berkokok lagi.
Aku share juga pay slip, bank statement yang remark ‘suami pinjam nanti bayar’, ‘duit repair kereta nanti bayar’, duit tukar tayar nanti bayar’, duit renew road rax nanti bayar’, ‘duit sumbangan mak abang’ .
Conversation whatsapp suami minta pinjam duit, conversation aku dah transfer duit sayor mak mentua kat laki aku. Semua aku share. Dan aku sertakan juga ayat “sumbangan menantu hantu”. Semua krik krik dalam group whatsapp tu. Semua stone!!!
Then sabtu lepas aku bawa mak ayah aku ngadap keluarga mentua sekali laki aku. Aku kalau boleh malas nak babitkan mak ayah ni, tapi ni peluang untuk aku clear the air. Biar ayah aku settlekan sebab ayahanda aku pun dah nipis sabar dia. Pandailah apa ayah aku nak cakap.
Yang menyampah tu, mentua paksa aku salam biras ( bini abangnya tu). Aku tak nak, siap cubit lengan aku tak nak salam ngan menantu kesayangan dia tu. Aku jerit cakap jangan paksa aku boleh tak???
Tak yah nak berlakon baik memasing. Sama jer semua ni!! Mak aku sengih-sengih panggil aku, kakak tanak salam dah meh sini duduk dengan mak. Mak aku tak bagi aku layan sangat, duduk jer tak yah nak pi dapur ke apa. Kita ada mineral bawa sendiri untuk minum.
Biras aku tu pon sama jer. Suka scam aku, suka pekenakan aku. Time raya dia sakan beraya, tinggal aku kontang kanting kat rumah melayan tetamu tak putus kunjung tiba. Basuh pinggan mangkuk, memasak dari pagi sampai ke malam.
Balik kampung keje merayap anak-anak dia yang berdedai tu ditinggalkan kat rumah suruh aku ngasuh!! Dia bley gi sana sini me time laki bini.
Mak aku pesan lepas ni balik kampung tak yah beli apa-apa. Petik je pisang kat belakang rumah tu masak gulai campur ikan masin jer.
Kekkekekekekke!!Sempat mak melawak. Mak aku ni dia suka buat lawak jer benda-benda yang serius gini. Dia tak nak aku stress.
Ayah aku cakap kat mentua ni, dia ni selama ni dok perati jer tak nak masuk campur selagi anak menantu boleh handle masalah sendiri.
Tapi kemuncaknya dia tak boleh nak tolak ansur dah. Ayah aku meluahkan juga rasa terkilan dan tidak puas hati. Ayah aku pun tuntut hak dia. Hak dia bersama anak cucu, menantu.
Tak pernah ayah masuk campur urusan anak menantu kecuali sekadar bagi nasihat dan keputusan biar anak yang decide. Mak mentua aku melawan, dia menangkan diri dia dengan anak laki dia.
Biasalah tu anak datang rumah mak ayah bawa buah tangan, macam mentua aku lah datang rumah aku bawa pisang. Tu kata dialah. Mak mentua bahaskan yang ayah aku lain ada duit pencen, ada pendapatan. Amboih, sedapnya!!
Abis tu ayah aku cakap, kalau macam tu apa keperluan kerja susahkan anak menantu sampai bercatu makan semua semata nak penuhkan keperluan lifestyle kita??? Cukuplaa seadanya, perlu ke bercuti setiap tahun kalau dah takdak income???
Perlu ke tukar langsir beribu ringgit beli kat nilai 3 tiap tahun bila tiba raya??? Orang ada pencen pun tak tukar langsir tiap tahun!! Takdak bercuti sana sini tiap tahun.
Ni takdak duit sikit-sikit kenduri. Takdak duit minta kat anak-anak. Lain cita kalau anak-anak tu berduit. Nak bersedekah banyak lagi cara kita nk menyumbang bukan wang ringgit jer semata!
Konsep mudah ayah aku kata, kalau kita takda buat cara takde. Masalah datang bila kita takde tapi buat cara semua kena ada. Bengkok, ayah aku cakap! Jangan kata busut, bukit pun boleh botak kalau macam tu. Tengok apa jadi kalau bukit tu botak??? Tak land slide, banjir lumpur.
Siapa yang susah???? Bukan kita sorang jer yang susah, orang keliling pun terpalit sama.
Mak mentua jawab gak, dia tak nak kalah. Dia kata abis apa guna anak-anak kalau tak boleh bantu mak ayah yang besarkan dia dari kecik???? Ayah aku cakap, ni bukan bantu dah ni dah memeras anak-anak, terpalit kat menantu.
Bukan tanggungjawab menantu pun. Kira ihsan dia selama ni, beri la balasan baik. Selalu kata menantu ni macam anak sendiri??? Apa yang kita cakap tu kena seiring dengan perbuatan kita. Yang cakap menantu kedekut kenapa???
Abis selama ni menantu ni buat macam-macam, bagi macam-macam kena kecam juga. Apa suka tengok anak tu gaduh laki bini??? Nak anak menantu bercerai ke? ayah aku tanya. Mak mentua jawab, iyalah kita ni orang miskin orang tak pandang! Itulah modal dia!
Ayah aku malas nak bertekak dah ayah aku cakap, kalau dah miskin buat cara miskin!! Jangan kancil berangan nak jadi gajah!!! Buasir kang!!! Terus ayah aku cakap kat suami aku, kalau rasa tak boleh jaga anak ayah pulangkan dengan cara yang baik, macam mana kau datang dulu.
Ayah dah hilang sabar, kau lelaki ,suami patut bertegas. Sayang mak tu, sayanglah tapi tanggungjawab pada anak bini jangan lepaskan. Ayah aku sedih, dia cakap cuba benda ni jadi kat anak perempuan mentua, jadi kat adik perempuan suami.
Apa perasaan anda semua anak yang kita besarkan dari kecik, kena macam ni???? Kalau tak boleh nak jaga anak ayah, biar ayah jaga selagi hayat dikandung badan. Ayah memang dah berusia tapi ayah mampu jaga anak ayah. Ini anak ayah yang kamu semua sakitkan. Darah daging ayah!
( Menangis aku masa ni) Ayah pun pernah jadi anak, jadi menantu. Sumbangan ni bukan wang ringgit jer, banyak benda yng kita boleh sumbangkan kepada mak ayah, bukan wang ringgit semata. Kalau wang ringgitlah yang jadi ukuran sampai bila-bila pun takkan puas!!!
Bapak mentua aku diam jer. Dia memang macam tu.
Mak mentua aku nangis, dia kata kalau anak lelaki tu tak nak pedulikan dia lagi takpe. Takkan dia nak paksa? Orang dah tak suka. Mulalah drama playvictim dia. Ayah aku reply, kita ni dah tua. Akhir zaman ni orang muda pun dijemput Ilahi dulu. Inikan dah tua-tua macam ni.
Kalau nak bahagia jangan ikutkan sangat kaki drama tu. Kita bukan suruh anak lelaki tu benci mak sendiri, kita minta dia lebih bertanggungjawab kat keluarga sendiri. Patut makin tua, makin bijak buat keputusan bukan buat keputusan 2 min tak fikir panjang.
Ayah aku tuntut permohonan maaf bukan secara lisan sahaja, bagi siapa yang dah update kat whatsapp status, status fb semua sila buat permohonan maaf secara bertulis dah burukkan nama anak ayah dalam masa 7 hari.
Kalau gagal akan ada tindakan susulan. Miskin tak miskin. Biar miskin harta jangan miskin adab!! Patut yang tua-tua ni nasihat anak-anak bukan jadi batu api lagi.
Then ayah aku minta diri bawa aku balik. Ayah aku cakap buat masa ni asinglah dulu tempat tinggal. Dah tenang nanti, bincang balik datang jumpa ayah. Kalau masih ada lagi perasaan sayang teruskan hubungan ni.
Kalau dah rasa terbeban dengan semua benda, buatlah keputusan yang wajar. Mereka berhak memilih sendiri keputusan, sebab ni kehidupan mereka. Lepaskan anak-anak ni mereka bukan budak kecik. Dah ada keluarga masing-masing.
Kita tengoklah jauh mana wayang depa. Penat Timah nak layan. Bila teringat layanan depa selama ni hati ni sayu jer. Tak nafikan Timah pun tak perfect, tapi aku usaha nak jadi anak menantu yang baik.
Korang yang kena buli tak kira la suami ke isteri, do something. Kalau spouse kita ignorance kita kena cari solution next level selagi tak memudaratkan. Sebab ego, bila partner cakap takmo listen. Pandang benda tu simple. Apa ke benda, benda simple ko tak leh nak settle!
– Timah Stokin Pink (Bukan nama sebenar)