Isteri terkejut jumpa bukti suami ada hubungan dengan adik ipar dalam aplikasi ‘fake calculator’. Kurang dari 7 hari yang lalu, industri hiburan Indonesia sekali lagi mengeluarkan sebuah filem yang diadaptasi daripada kisah sebenar.
Filem terbaru yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo ini mengisahkan tentang penderitaan seorang wanita bernama Nisa apabila adik kandungnya sendiri, Rani, terlibat dalam hubungan terlarang dengan suaminya, Aris.
Kisah asal ini sebelum ini telah dikongsikan semula oleh seorang Instafamous bernama Eliza Syifa di media sosial, di mana kisah tersebut diceritakan oleh seorang pengikutnya yang menggunakan nama samaran Nisa melalui mesej peribadi.
Ibu bimbang tentang pergaulan anaknya
Semuanya bermula apabila Rani ingin meneruskan pelajaran di sebuah bandar di Jawa Timur. Dalam kebimbangan bahawa anak bongsunya mungkin terjebak dalam pergaulan yang tidak sihat, ibunya mengarahkan Rani untuk tinggal bersama Nisa yang pada masa itu telah membina sebuah keluarga bahagia dengan suami dan seorang anak.
Bagi Nisa sendiri, dia tidak mempunyai kebimbangan yang berlebihan. Namun, dia sedikit risau mungkin suaminya tidak selesa dengan kehadiran orang lain di rumah mereka. Nisa digambarkan sebagai seorang isteri yang lemah lembut dan sopan, manakala Rani mempunyai personaliti yang ceria dan mudah bergaul. Hubungan mereka bermula dengan berborak dan bertukar-tukar video lucu, dan lambat laun menjadi semakin rapat.
Walau bagaimanapun, ketenangan Nisa terganggu apabila adiknya didapati memakai pakaian yang tidak senonoh (tanpa pakaian dalam) ketika berada di rumah. Dalam satu kejadian lain, Aris dikatakan sering pulang lewat malam kerana sibuk dengan urusan kerja. Rani juga sengaja tidur di ruang tamu dengan pakaian yang tidak sepatutnya.
Meskipun risau, jika ditegur, Nisa hanya memilih untuk diam dan meneruskan bersikap baik. Dia cuba menepis segala firasat buruk walaupun banyak isyarat merah yang jelas terpampang.
Aris rahsiakan hubungan dengan adik ipar menggunakan aplikasi Kalkulator Palsu
Tidak lama kemudian, Nisa akhirnya dapat menghela nafas lega apabila suaminya ‘mengenalkan’ Rani kepada kenalannya, Yusof. Mereka kemudian berkahwin dan berpindah ke bandar yang sama. Walaupun begitu, Nisa kembali resah kerana suaminya tiba-tiba menjadi dingin dan sering menolak ajakan untuk bersama-sama.
Atas cadangan daripada rakannya, Manda, Nisa secara rahsia memeriksa aplikasi WhatsApp Aris untuk mencari bukti tetapi tidak menemui apa-apa. Sekali lagi, Nisa berasa bersalah kerana mengesyaki suaminya.
Di sinilah Nisa melakukan kesilapan dengan menceritakan masalah kepada adik iparnya, Rani. Rani kemudian mengarahkan Nisa untuk menyiasat transaksi bank yang mencurigakan, hubungan dengan rakan wanita di tempat kerja atau lokasi yang pernah dilawati oleh Aris. Namun semuanya kelihatan normal.
Nisa sekali lagi berkongsi kebimbangannya dengan sahabatnya, Manda. Manda kemudian memberitahu Nisa tentang kewujudan aplikasi bernama Kalkulator Palsu. Luarannya nampak seperti aplikasi biasa untuk membuat pengiraan, tetapi sebenarnya ia adalah fail rahsia yang mampu menyimpan data seperti perbualan, gambar, atau video.
Cara penggunaannya, pemilik telefon akan menetapkan empat nombor sebagai kata laluan, kemudian menekan simbol sama dengan (=) untuk membuka kandungan fail tersebut.
Lelaki biasanya susah ingat banyak password, jadi mereka guna password yang sama
Setelah tiba di rumah, Nisa mengambil kesempatan untuk menyiasat telefon Aris semasa lelaki itu mandi. Jantungnya berdebar kencang apabila dia mendapati telefon tersebut mempunyai dua aplikasi kalkulator yang berbeza. Bagi Nisa, dia percaya lelaki cenderung kepada kesederhanaan dan tidak suka menggunakan password yang rumit.
Mereka sering menggunakan kata kunci yang sama untuk aplikasi media sosial. Dengan hanya dua percubaan, Nisa berjaya mengakses aplikasi Fake Calculator tersebut.
Tidak cukup dengan itu, ternyata Aris juga mempunyai aplikasi Fake Location untuk menipu tentang lokasi keberadaannya setiap hari. Akhirnya, segala rahsia hubungan gelap antara Rani dan Aris terbongkar. Lebih memilukan lagi, Rani pernah hamil hasil hubungan dengan Aris sebelum perkahwinan, tetapi kandungan tersebut telah digugurkan. Perselingkuhan mereka masih berlanjutan walaupun Rani sudah menjadi isteri orang lain.
Kau tak pandai layan lelaki, aku beribu kali lebih hot dari kamu
Dipendekkan cerita, rupanya dari kecil lagi Rani selalu merasa iri hati dengan kakaknya yang sering dipuji orang sekeliling. Baik dari segi rupa paras mahupun akademik, Rani selalu dibanding-bandingkan dengan Nisa. Rani menyimpan rasa geram kerana Nisa terlihat begitu menikmati pujian. Sementara Rani pula seakan terpinggir jauh dan dipandang sebelah mata.
Oleh itu apabila perbuatannya terbongkar, Rani langsung tidak merasa kesal sebaliknya terus menyalahkan si kakak yang tidak pandai menjaga suami. Sejak hari itu, keluarga mereka berpecah belah, Rani telah diceraikan serta merta oleh Yusof, kesihatan ibu mereka di kampung merosot teruk dan disahkan menghidap dimentia kerana terlampau merindukan Rani yang sudah lama tidak pulang. Nisa pula rela memberikan peluang kemaafan kepada suaminya yang sudah bersumpah untuk berubah.
Sudahlah, tinggalkan je Kak Nisa…Jom kita buat keluarga bersama sakinah mawaddah warahmah
Singkat cerita, ibu mereka berada dalam keadaan nazak dan semua ahli keluarga pulang ke kampung termasuklah Rani. Disangka sudah serik, rupanya dia sempat menggoda Aris dan mengajak untuk mulakan hidup baru tanpa Nisa. Namun kali ini, Aris tegas menolak kehendak Rani. Malam itu ketika ibu mereka semakin menghampiri ke penghujung hayat, Nisa tercari-cari kelibat Rani yang tidak kelihatan.
Saat membuka pintu salah sebuah bilik tetamu, alangkah terkejutnya Nisa setelah melihat Rani dan Aris sedang berdua-duaan. Tidak berdaya lagi untuk marah, saat itu Nisa tiba-tiba merasai satu tiupan angin yang cukup menaikkan bulu roma.
Dia bergegas melihat ibu mereka dan wanita itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.00 pagi. Nisa sangat tidak menyangka di hari pemergian ibu mereka, Rani dan Aris sanggup berprilaku sebegitu. Walaupun sudah dikhianati, hingga saat ini Nisa dikatakan masih menjaga Rani dengan cukup baik kerana dia sedar ia adalah amanah yang perlu dijaga umpama peribahasa air dicincang tidak akan putus.