Isteri selalu tayang rumah baru di TikTok, suami maut rumah dirompak dengan orang terdekat. Ramai orang sekarang suka mendedahkan harta benda dan keluarga mereka di media sosial tanpa memikirkan risiko buruk yang boleh berlaku. Walaupun sudah banyak berita jenayah dilaporkan, sebahagian daripada mereka seakan tidak mengambil iktibar daripada kejadian lalu. Janganlah sudah terhantuk, baru hendak terngadah.
Isteri sering kongsi tentang rumah hijau di TikTok
Baru-baru ini, berita rompakan sebuah rumah mewah di kawasan kampung menjadi tumpuan ramai. Sebelum ini, pengguna TikTok @some one (wanita) sering berkongsi proses membangunkan rumahnya, dari rangka tiang hingga siap sepenuhnya. Bukan sahaja dari luar, malah segala ceruk ruangan dalam rumah dan kenderaan miliknya turut dipaparkan di media sosial, sehingga ditonton lebih 2 juta kali.
Rompakan dilakukan oleh individu yang dikenali
Siapa sangka, pada 18 September lalu, rumahnya telah menjadi sasaran kegiatan rompakan yang dipercayai didalangi oleh orang terdekat. Difahamkan sekitar jam 2.00 pagi, kumpulan perompak itu sempat datang ke sana dan duduk minum kopi bersama tuan rumah.
Namun, menjelang jam 4.00 pagi, salah seorang saudara tiba-tiba menerima panggilan telefon daripada tuan rumah yang memaklumkan tentang rompakan itu.
Seorang dilaporkan ‘tewas’… Perompak masih belum diberkas
Di kampung berkenaan, jarak kediaman mereka agak dekat dengan rumah-rumah lain. Namun, penduduk berkata mereka langsung tidak mendengar sebarang kekecohan pada malam kejadian. Rumah hijau itu dihuni oleh empat keluarga yang terdiri daripada suami berusia 26 tahun, isterinya 27 tahun, anak mereka berumur 10 tahun, dan ibunya yang berusia 55 tahun.
Jenayah ini telah mengorbankan si suami yang ditemui dalam kereta dengan kesan kecederaan di kepala dan leher yang dililit kain. Sementara itu, tiga lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan dijumpai dalam bilik tidur.